KETAHUI AHLI GOT7 YANG SEPADAN DENGAN ANDA MENERUSI SPOTIFY



Melalui kerjasama antara Spotify dan GOT7, para peminat kini berpeluang untuk mengetahui ahli yang mana paling sepadan dengan mereka berdasarkan citarasa muzik masing-masing.

Anda hanya perlu layari Spotify-GOT7fanmatch.com dan mendaftar masuk menggunakan akaun Spotify anda untuk mendapatkan padanan ahli GOT7 anda.

Para peminat juga akan dihadiahkan dengan senarai lagu yang disusun sendiri oleh ahli GOT7 yang secocok dengan mereka; senarai lagu kegemaran mereka yang pastinya akan anda gemari!

Kongsikan hasil padanan anda bersama-sama dengan ahgase-ahgase lain di seluruh dunia dengan menggunakan hashtag #SpotifyxGOT7. Bukan itu sahaja, kumpulan tersebut juga akan mengambil alih senarai lagu Teen Party Spotify selama tujuh hari berturut-turut.

Bermula hari ini, Teen Party akan memutarkan lagu-lagu kegemaran ahli GOT7 yang disusun sendiri oleh mereka, khas untuk para peminat! Apa yang pasti ialah, anda perlu melihat sendiri senarai lagu berkenaan untuk mengetahui lagu-lagu hit yang menjadi kegemaran ahli kumpulan itu.

·

Comments

Popular posts from this blog

YAYASAN PENERAJU PERKASA LEPASAN SPM UNTUK MEMPERCEPAT LALUAN KE ARAH KELAYAKAN AKAUNTAN BERTAULIAH

LICENCE TO WIN 2025: PEMENANG PULANG BAWA PORSCHE 911 CARRERA

PELANGGAN SHOPEE VIP NIKMATI SEMUA PENGHANTARAN PERCUMA DAN TAWARAN AKSES AWAL 50% DISKAUN PADA 5.5 INI