PETER BENCE - PEMAIN PIANO TERPANTAS DUNIA LIVE DI KL



PETER BENCE adalah pemain piano berbangsa Hungary yang kini memegang Guinness World Record untuk "Pemain Piano Terpantas Dunia". Beliau telah mendapat ramai peminat dari serata dunia dengan susunan semula lagu-lagu dari artis-artis popular seperti Michael Jackson, Queen, dan Sia, menggunakan piano. Video persembahannya telah mendapat lebh 500juta tontonan di YouTube dan Facebook sejak dua tahun yang lalu.

Peter Bence bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 5 Oktober, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre untuk persembahan satu malam sahaja di Asia. Dengan kejayaan yang sensasi melalui muzik, Peter berjaya mengaburi sempadan di antara classical dan muzik pop, menarik perhatian golongan tua dan muda.


Puluh ribuan penonton telah menyaksikan persembahan secara langsung pemain piano yang berbakat ini di 40 negara, merentasi empat benua. Beliau turut membuat penampilan di laman web Ellen DeGeneres Show, BBC, Buzzfeed, 9GAG, Classic FM, iHeart Radio dan Billboard.

Pemegang tiket VIP (RM 438) berpeluang untuk menghadiri sesi Meet & Greet dan bergambar yang eksklusif bersama Peter, dan menerima poster edisi terhad serta pas masuk kenang-kenangan.


Harga tiket adalah RM438 VIP, RM338 Platinum, RM288 Gold, RM108 Silver dan boleh didapati di laman web MyTicket.Asia.

Dianjurkan oleh Starline Production dan ditaja oleh Yamaha dan audio-technica, konsert ini harus disaksikan oleh semua penggemar muzik yang inginkan kelainan dalam lagu-lagu popular yang disusun semula dalam rentak baru yang bertenaga menggunakan piano.


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/StarlineProductionAsia/.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI