DIGI BERIKAN GANJARAN & TAWARAN TERBAIK SETIAP HARI



Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) telah memperkenalkan aplikasi ganjaran gaya hidup yang terbesar di Malaysia, iaitu MyDigi Rewards™ yang terbaharu.

Ia menawarkan tawaran yang menarik serta pengalaman kepenggunaan daripada rangkaian rakan-rakan kongsi Digi yang kian berkembang. Dengan MyDigi Rewards™ baharu yang didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyDigi, kesemua 11.7 juta pelanggan Digi akan mendapat akses ke atas tawaran yang hebat serta ganjaran yang eksklusif ditawarkan oleh 500 jenama dan rakan kongsi merentasi 7,000 lokasi di seluruh negara.

Ia merangkumi kategori seperti F&B, Medan Beli-Belah, Pelancongan, Hiburan, Kesihatan dan banyak lagi.

Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Digi berkata, “Sebagai rangkaian yang terbesar di Malaysia, Digi berusaha untuk menyampaikan pengalaman digital yang relevan dan lancar secara konsisten. MyDigi Rewards™ yang terbaharu ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami untuk membina hubungan jangka panjang yang lebih berharga dengan para pelanggan. Ini merupakan peluang strategik bagi Digi untuk menjalin kerjasama yang erat dengan rakan-rakan kongsi, agar platform MyDigi Rewards™ dapat dimanfaatkan sebagai alat pemasaran alternatif bagi mereka untuk mencapai lebih ramai pelanggan.” 

Aplikasi tersebut juga memperkenalkan sistem penarafan keahlian baharu (Yellow, Gold dan Platinum), yang membolehkan pelanggan Digi memperoleh mata untuk menganjak naik ke taraf yang lebih tinggi, lantas memberikan mereka akses kepada lebih banyak ganjaran termasuk tawaran eksklusif.

Bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan ke atas bil Pascabayar atau tambah nilai Prabayar, pelanggan tersebut akan memperoleh 1 ‘Digi Point’. Digi Point tersebut akan terkumpul dan para pelanggan yang berkenaan akan dapat mengakses taraf yang selanjutnya apabila jumlah mata mencukupi.


Menurut How Lih Ren, Ketua iTelco Digi, “Kami meraikan pelanggan Digi melalui ganjaran yang disediakan. Dengan perbelanjaan yang lebih banyak dan tempoh langganan yang lebih lama, pelanggan Digi dapat menikmati ganjaran lebih ekslusif. Kami percaya bahawa MyDigi Rewards™ dapat membantu kami untuk menghargai para pelanggan yang telah bersama Digi selama ini.”

MyDigi Rewards™ menampilkan ciri-ciri kefungsian baharu seperti ‘Near Me’, membolehkan pelanggan mengesan cawangan terdekat untuk menebus ganjaran mereka, serta ‘Reward Sneak Peeks’ yang membolehkan pelanggan mengetahui ganjaran yang akan datang.

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh mengongsikan ganjaran kegemaran mereka dengan rakan-rakan dan insan yang tersayang. ‘Box of Surprise’ oleh Digi menawarkan internet yang diperibadikan untuk memenuhi keperluan seharian pelanggan ‘Box of Surprise’ merupakan ciri baharu yang ditawarkan melalui aplikasi MyDigi.

Ia membolehkan semua pelanggan menerima tawaran eksklusif, khas untuk mereka. Pelanggan akan menerima sekurang-kurangnya satu tawaran yang unik dalam ‘Box of Surprise’ mereka pada bila-bila masa. Tawaran ‘Box of Surprise’ boleh merangkumi internet percuma, pelan internet berdiskaun, pas internet jangka pendek dan pakej telefon yang diperibadikan berdasarkan keperluan dan corak perbelanjaan pelanggan.

Pelanggan juga digalakkan untuk memeriksa ‘Box of Surprise’ mereka dari masa ke semasa agar tidak ketinggalan untuk menebus tawaran yang mereka dapati. Pelanggan Digi boleh mula menikmati ganjaran MyDigi yang terbaharu atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kandungan ‘Box of Surprise’ mereka melalui aplikasi MyDigi terkini yang boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play.

Maklumat lanjut mengenai MyDigi Rewards™ yang baharu serta ‘Box of Surprise’ boleh didapati di http://new.digi.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI