PERADUAN "JOHNSON’S® BABY OF THE YEAR" KEMBALI!



Si manja merupakan buah hati setiap ibu bapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s® mahukan si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000.

Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu beberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang sangat bermakna – “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Princes & Princesses”.

“Tahun ini, kami amat berbangga untuk meraikan ulang tahun ke-125 Johnson’s®. Warisan kami dibina menerusi sokongan para ibu sejak beberapa generasi yang memberikan kepercayaan kepada Johnson’s® untuk menjaga kulit bayi mereka yang halus. Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan mereka, kami berhasrat untuk mendatangkan kembali peraduan yang sangat bermakna untuk para ibu di Malaysia serta si manja mereka – tambahan lagi, peraduan ini merupakan antara peraduan bayi tahunan yang terbesar sejak 23 tahun yang lalu,” kata Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson’s®.

Christy menjelaskan bahawa Johnson's® memahami ibu bapa menghargai si manja mereka seperti putera dan puteri. Oleh itu, jenama ini memberi 'layanan diraja' untuk si manja apabila mereka menyertai peraduan ini.


Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana – Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy.

Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini. Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema ‘diraja’.

Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400.


Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah. 10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang. Bagaimana cara untuk ibu bapa dan si manja mereka menyertai peraduan ‘diraja’ ini?

Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hanya perlu:
1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.
3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar.
4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda. Itu sahaja!

Si manja anda kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®! Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri mereka.

Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna.

Hantarkan penyertaan anda di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Comments

Popular Posts