FONTERRA RAIKAN HARI MERDEKA DENGAN SUMBANGAN SUSU



Sempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Fonterra Brands Malaysia (Fonterra) mendermakan bekalan pemakanan tenusu untuk enam bulan kepada kanak-kanak di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Trinity (TCCH).

Fonterra membekalkan tepung susu Fernleaf CalciYum dan susu Fernleaf UHT berjumlah 180kg dengan matlamat untuk menambah baik kesihatan kanak-kanak di rumah kebajikan itu secara keseluruhan.

Menurut Cik Manisya Ismail, Pengurus Hal Ehwal Koperasi Fonterra Brands Malaysia, syarikat pemakanan tenusu ini ingin membantu dan menyokong kesejahteraan semua rakyat Malaysia supaya mereka boleh hidup sihat dan aktif bagi mencapai potensi penuh mereka.

“Kami di Fonterra ingin menjadikan pemakanan tenusu sebahagian besar daripada kehidupan setiap orang, terutama sekali kanak-kanak. Kami percaya ini adalah satu cara kami dapat menabur budi kepada masyarakat, bukan sahaja dengan menyokong pemakanan kanak-kanak yang memerlukan tetapi juga menyokong TCCH yang menjalankan tugas murni,” kata Cik Manisya.

TCCH prihatin dan menyokong 23 ibu tunggal, serta kanak-kanak terbiar, teraniaya dan terabai berumur antara 4 hingga 12 tahun.

Cik Wendy Hew, penjaga di TCCH, berkata, “Semua orang tahu bahawa susu membantu menguatkan tulang, terutama sekali kanak-kanak yang sedang membesar. Kami bersyukur menerima sumbangan Fernleaf CalciYum dan UHT kepada kanak-kanak di sini.”

“Saya pasti bekalan susu Fernleaf ini akan meningkatkan pengambilan khasiat pemakanan kanak-kanak di bawah penjagaan kami. Terima kasih Fonterra kerana membawakan pemakanan tenusu dan keseronokan ke dalam rumah kebajikan kami.”

Sebagai sebahagian daripada sumbangan Fonterra, kakitangan syarikat telah meluangkan masa untuk bersama kanak-kanak di TCCH, bermain dan juga berkongsi pengetahuan tentang pentingnya pemakanan tenusu dan penjagaan kesihatan sejak dari kecil.

Mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan kraf bertema Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menyanyi Negaraku dan menikmati minuman petang bersama.

Pemakanan tenusu penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Susu merupakan sumber kalsium dan protein, untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Susu Fernleaf kami dibuat dengan 100 peratus susu dari New Zealand, yang kaya dengan vitamin D dan banyak nutrien penting termasuk kalsium, protein dan vitamin A, yang kesemuanya sangat diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak.

Dengan memastikan produk tenusu menjadi sebahagian daripada diet seimbang, kanak-kanak boleh membesar dengan sihat dan kuat – dengan demikian menjamin generasi masa depan yang sihat dan gembira.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!