MALAM EVERGREEN MELODIES BERSAMA JAAFAR ONN & FRIENDS



Masih kekal aktif dalam industri muzik walaupun usianya sudah mencecah 68 tahun, penyanyi dan pelakon Jaafar Onn bakal mengadakan pertunjukan Malam Evergreen Melodies pada 19 Oktober 2018.

Showcase yang bakal berlangsung di Wow KL turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi veteran seperti Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman, Datuk Yusni Hamid dan Haslina Kamsan, serta dihoskan oleh Dr. Mohd Ghazali Taib dan Haiza.


Pastinya mengubati rindu para peminat, Malam Evergreen Melodies bakal menampilkan persembahan lagu-lagu malar hijau yang pernah disampaikan oleh barisan artis-artis tersebut.


Pertunjukan pentas ini juga akan memperagakan hasil seni batik sebagai salah satu acara sampingan untuk mempromosikan batik Malaysia dengan kerjasama penaja utama Batik Canting.


Harga tiket pula adalah RM150 seorang (termasuk makan malam) yang boleh didapati dalam bentuk jualan satu meja untuk 10 orang iaitu RM1500.

Selain daripada untuk hiburan, objektif showcase ini adalah untuk mengumpul dana bagi sumbangan pakaian seragam sekolah kepada anak anak asnaf yang terpilih.


Malam Evergreen Melodies ini adalah anjuran Big Brain House dengan sokongan oleh Pupa, WowKL, SevenEssences, Batik Canting, Jasmine, Warisan Records, The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur dan Jetworld Holidays.


Untuk keterangan lanjut mengenai Malam Evergreen Melodies, sila hubungi : Jimmy ( 012 3196571 ) atau email : bigbrainhouse@gmail.com.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA