CITARASA MINANG ASLI NATRABU XPRESS DI PUTRAJAYA

Pengarah Natribu, Ganefo Dewi Sutan yang lebih mesra dengan panggilan Ibu Ivo

Natrabu adalah satu jenama yang sinonim dengan masakan Padang atau Minang di Indonesia. Ia adalah ringkasan daripada National Travel Bureau, nama asal sebuah agensi pelancongan yang tertua di Jakarta, Indonesia. Bermula dengan pelancongan, pengasas Natrabu, Rahimi Sutan telah mempelbagaikan perniagaannya kepada restoran.

Restoran Natrabu yang pertama telah membuka pintunya dalam tahun 1967, di Jl. H. Agus Salim. Jakarta Tengah. Sejak itu, perniagaan restoran tersebut berkembang dengan maju, sehinggalah ke Malaysia.

Kini terdapat tiga buah restoran Minang, Natrabu di Malaysia dengan terbukanya Natrabu Xpress di Putrajaya, selepas Natrabu Fine Dining di Bangsar dan juga Natrabu Xpress di EcoSky (Jalan Kuching).

Rangkaian restoran ini menawarkan pelbagai masakan Minang asli yang berasal dari Kepulauan Sumatera. Majlis pembukaan rasmi Restoran Natrabu Xpress, Putrajaya telah dilangsungkan pada 26 September lalu.


Majlis pembukaan yang cukup meriah ini dihadiri bukan sahaja tetamu dari Malaysia, malah tetamu yang diterbangkan khas dari Indonesia.


Upacara memotong riben untuk menandakan pembukaan rasmi restoran Natrabu telah disempurnakan oleh tiga generasi Natrabu iaitu Pengarah & Pemilik Jenama Natrabu, Ibu Ganefo Dewi Sutan, ibunya Ibu Jasni Rahimi Sutan dan anaknya, Ramadhanya Hunaina. Mereka disertai oleh Pengarah Urusan Natrabu Malaysia, Tengku Daud Shah dan juga isterinya.


Selepas pelancaran, para tetamu termasuk VIP, rakan niaga, ahli keluarga, media dan blogger berpeluang untuk menjamu selera dengan masakan Minang yang enak dan autentik.


Dekor restoran ini agak minimalis, berdinding bata dan dihiasi elemen-elemen Minang seperti rumah gadang/ tradisional Minangkabau yang beratap runcing. Dengan penggunaan cermin, ruang restoran nampak lebih luas dan selesa.


Menu yang disediakan menyajikan pelbagai masakan Minang asli termasuk Ayam Pop, Ayam Gulai, Dendeng Balado Cabe Merah Kering, Rendang Daging Beef, Sambal Hijau, Perkadel, Gulai Sayur Daun Singkong, Udang Kentang Pete Balado dan banyak lagi.

Pelbagai hidangan Minang dengan Nasi

Dendeng Balado Cabe Merah Kering : RM 8.00 - rangup, pedas dan menyelerakan.

Udang Kentang Pete Balado / Sambal Udang Kentang Petai : RM 15.00 - kombinasi udang segar yang manis dalam sambal petai yang menyelerakan.

Rendang Daging Beef : RM 18.00 - Harus cuba. Daging yang empuk dengan rasa rempah-ratus harum.

Gulai Sayur Daun Singkong / Gulai Pucuk Ubi : RM 6.00 - Kuah lemak yang pasti tidak mengecewakan sesiapa yang memesan hidangan ini.

Perkadel / Bergedil : RM 3.00 - melengkapkan hidangan dengan rasa kentang yang lembut dan berempah.

Ayam Gulai : RM 25.00 - Harus dimakan dengan nasi panas!  

Ayam Goreng Rempah 2 pieces @ RM23 - Enak dengan kerangupan sejati. 

Sambal Hijau / Merah : RM 4.00 - Tak cukup pedas? Inilah pembangkit selera yang pedas lagi meliurkan. 

Idamkan citarasa Minang? Jom kita ke Natrabu, Putrajaya!


Natrabu Xpress Putrajaya 
Alamat: G, 66, 12012, Nadi 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62000 WP Putrajaya, Malaysia

Waktu perniagaan: Buka 12PM – 10PM (Pesanan Terakhir 9.30PM)

Untuk Tempahan : 016-6542401 (Whatsapp), 010-3781343 (Putrajaya)

Laman FB: www.facebook.com/natrabu.my
Instagram: www.instagram.com/natrabu.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO