HUAWEI NOVA 3 MEMPERKENALKAN NOVA PRIMROSE GOLD



HUAWEI nova 3 adalah peranti generasi ketiga bagi siri HUAWEI nova. Seperti juga penerajunya, peranti ini direka cantik dan khas untuk para pengguna yang gemar berswafoto, bersuka ria dan yang sentiasa mengikuti trend masa kini.

Ianya mewarisi DNA siri nova yang anggun dengan kecanggihan serta didatangkan dengan pelbagai warna. Sejak diperkanalkan pada Julai yang lalu, sambutan yang diterima dari rakyat Malaysia ke atas warna-warna menarik HAUWEI nova 3 seperti Iris Purple (ungu), Black (hitam) dan Red (merah) sangat memberansangkan.

Pada bulan Ogos, HUAWEI telah berkolabrasi bersama AirAsia BIG dengan menawarkan wang tunai semula (cashback) sebanyak RM500 kepada para pelanggan AirAsia BIG yang meminati warna merah.

Bersempena dengan penghujungnya tahun 2018 ini, HUAWEI kini memberi lebih kejutan kepada rakyat Malaysia dengan memperkenalkan edisi ekslusif nova 3 yang berwarna Primrose Gold.

Diinspirasi dari musim bunga yang indah, HUAWEI nova versi Primrose Gold ini mewakili minat para pengguna kami yang muda. Variasi warna ini adalah interpretasi HUAWEI ke atas alam semula jadi dan usaha kami untuk menggambarkan keindahan alam dengan istilah termudah.

HUAWEI nova 3 adalah satu peranti yang memberi anda pengalaman setaraf dengan peranti flagship. HUAWEI nova 3 direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi bagi memenuhi trend terkini dimana para pengguna gemar mengambil swafoto.

Untuk itu, bagi meningkatkan kualiti dan pengalaman untuk berswafoto, peranti ini dilengkapi dengan sistem dwi kamera 24MP pada kamera belakang dan hadapan bersama bantuan kecerdasan buatan (Artificial Intellgence). HUAWEI nova 3 juga menggunakan cip pemprosesan KIRIN 970 dengan memori 6GB dan storan sebesar 128GB, serta dijana dengan system EMUI 8.2 untuk memberikan pengalaman flagship kepada para pengguna.


HUAWEI nova 3 Primrose Gold boleh didapati mulai 27 September 2018 dengan harga RM1,919 di semua kedai HUAWEI Experience, HUAWEI online  dan kedai Digi. Setiap pembelian HUAWEI nova 3 juga dilengkapi dengan nova Privilege Card PERCUMA dengan ganjaran bernilai sehingga RM1,000.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://consumer.huawei.com/my/ atau laman Facebook www.facebook.com/HuaweiMobileMY


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI