SAMSUNG LANCAR GALAXY A7 DENGAN TIGA KAMERA BELAKANG
Samsung mengumumkan kehadiran telefon pintar Galaxy A7, tambahan terbaru ke dalam keluarga Galaxy A series. Dengan teknologi tiga kamera belakang, rekaan yang bergaya, dan fungsi-fungsi inovatif, Galaxy A7 dijangka berada di pasaran Oktober ini.
Memandangkan teknologi dua kamera telah menjadi norma di dalam industri telefon pintar, pengeluar telefon pintar Korea Selatan ini menambahkan modul ketiga untuk untuk prestasi fotografi yang lebih hebat. Tiga kamera belakang terdiri daripada satu kamera 8MP ultra-wide f/2.4, satu kamera standard 24MP f/1.7, dan satu kamera "Depth" 5MP f/2.2. Kamera Ultra Wide menampilkan lensa 120° yang dikatakan sama dengan darjah penglihatan lensa mata manusia.”
Menurut Samsung, ia membolehkan pengguna mengambil gambar seperti mana yang kelihatan menerusi mata mereka. Lensa standard dan lensa "Depth" apabila digabungkan memberikan efek bokeh menerusi fungsi Live Focus yang membolehkan anda mengawal "depth of field".
Di dalam keadaan cahaya malap, kamera 24MP boleh menggabungkan setiap 4 pixel ke dalam satu pixel untuk menghasilkan satu foto resolusi rendah 6MP tetapi dengan mutu foto yang lebih tinggi. Fungsi Scene Optimizer juga boleh mengenali subjek dan mengubahsuai warna, kontras dan kecerahan foto secara optimum.
Kamera depan Samsung Galaxy A7 adalah 24-megapixel dan dilengkapi flash LED. Pengguna boleh mengambil swafoto dalam “portrait mode” menggunakan fungsi Selfie Focus dan Pro Lighting.
Spesifikasi dan fungsi lain termasuk paparan Super AMOLED 6-inci, bateri 3,300mAh, cip octa-core 2.2GHz, 6GB RAM, 128GB storan dalaman, slot microSD untuk storan tambahan 512GB, Dolby Atmos 2 immersive sound, Android 8.0, dan pengimbas cap jari sisi.
Bakal didapati dalam tiga warna yang bergaya – biru, hitam, dan emas.
Comments
Post a Comment