LEGOLAND ANJUR FESTIVAL HALLOWEEN "BRICK-OR-TREAT"



Dalam bulan Oktober ini, LEGOLAND® Malaysia Resort akan dirombak untuk dijadikannya sebuah tarikan yang seram tetapi mesra kanak-kanak sempena festival "Brick-or-Treat".

Bertemakan Halloween, tahun ini festival ini akan membawakan pelbagai aktiviti bermain sambil belajar seperti Speed Building Challenges dan Hut Activity Trail di mana para pengunjung dikehendaki melaksanakan tugasan di pelbagai lokasi di dalam taman tema tersebut.


Kepada yang suka berswafoto, anda juga boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan Laughter Castle atau menyaksikan karakter LEGO® kegemaran anda di dalam perbarisan harian Halloween Parade.



Kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM500 dalam peraduan yang disediakan.

Promosi
Details
Brick-or-Treat Party Nights (Jumaat & Sabtu | Dari 5.00petang - 8.00malam)
Tiket masuk istimewa RM 88
Eksklusif untuk pemegang Pas Premium
(Jumaat & Sabtu | 1 – 30 Oktober)
Bawa seorang rakan dengan PERCUMA
Kanak-kanak (umur 3-11) masuk PERCUMA (1 – 30 Oktober)
Kanak-kanak dalam kostum Halloween dibenarkan masuk PERCUMA

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.legoland.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

YAYASAN PENERAJU PERKASA LEPASAN SPM UNTUK MEMPERCEPAT LALUAN KE ARAH KELAYAKAN AKAUNTAN BERTAULIAH

LICENCE TO WIN 2025: PEMENANG PULANG BAWA PORSCHE 911 CARRERA

PELANGGAN SHOPEE VIP NIKMATI SEMUA PENGHANTARAN PERCUMA DAN TAWARAN AKSES AWAL 50% DISKAUN PADA 5.5 INI