ASTRO PEROLEH HAK SIARAN PREMIER LEAGUE HINGGA 2021/2022




Berita baik untuk peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris/ English Premier League (EPL)! Astro Malaysia Holdings Berhad memperoleh hak eksklusif untuk menyiarkan semua perlawanan liga tersebut untuk tiga musim akan datang.

Hak eksklusif penyiaran Astro dilanjutkan bermula musim 2019/2020 hingga 2021/2022. Susulan ini, kesemua 380 perlawanan akan disiarkan di Astro dalam definisi biasa (SD) dan definisi tinggi (HD).

Ketua Unit Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, penawaran perlawanan EPL musim depan juga akan menyaksikan beberapa elemen baru diperkenalkan. 

"Kami harap untuk menggembirakan penonton dengan menyiarkan beberapa perlawanan terpilih dalam definisi ultra tinggi 4K," kata Choong Kay.

Pengerusi Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore turut menyatakan kegembiraan beliau mengenai pemeteraian kerjasama dengan Astro. "Astro melaksanakan tugas yang baik dalam memastikan liga ini dapat ditonton menerusi pelbagai platform dan kami amat gembira Astro akan kekal sebagai rakan penyiar eksklusif kami sehingga musim 2021/22," katanya.

Selain semua rangkaian sukan Astro di televisyen, kesemua perlawanan EPL juga boleh ditonton secara langsung di aplikasi mudah alih Astro GO.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024

KESEDARAN MENGENAI STROK: KENALI TANDA, BERTINDAK, DAN AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025