TREN LRT MENJADI PENTAS PERAGAAN FESYEN #MULTIFLEXING



Prasarana, pengusaha perkhidmatan rel dan bas Lembah Klang berganding tenaga dengan syarkat permulaan pengongsian kenderaan, SOCAR untuk membawakan satu pengalaman pengangkutan yang berbeza dengan kempen #MultiflexFriday!

Kempen tersebut telah dilancarkan dengan peragaan fesyen koleksi terbaru dari Pestle & Mortar Clothing di dalam tren Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit/ LRT); dengan sokongan Touch n' Go eWallet.

#MultiflexFriday akan menampilkan pelbagai acara sepanjang tahun termasuk muzik secara langsung, tarian dan persembahan komedi stand up di dalam tren atau kenderaan pengangkutan awam yang lain untuk menghiburkan para pengguna yang sedang dalam perjalanan.


(Dari kiri) Hugh Koh (Co-founder of Pestle & Mortar Clothing), Leon Foong (CEO of SOCAR Malaysia), Amelia Lim (Head of Brand, PR and Communications of Touch n’ Go Digital), Syahrunizam Samsudin (CEO of Touch n’ Go), Razwan Ismail (Head of Retail & Leasing of Prasarana) 








Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN 30 TAHUN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

IKEA MALAYSIA SOKONG PEMBELAJARAN AWAL UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN

GUARDIAN LANCAR KL WOMEN RUNNING FESTIVAL 2026 – MERAIKAN KESEJAHTERAAN WANITA

TWINKLE TWINKLE BAWA FARM TALES KE KUALA LUMPUR