AFGAN KEMBALI KE KUALA LUMPUR DENGAN KONSERT DEKADE





Penyanyi dan penulis lagu terkemuka indonesia, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik. Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No. 1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE.

Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik lruwan Datuk Nik Izani berkata, "Konsert ini begitu istimewa kerana Malaysia telah dipilih sebagai lokasi pertama sambutan ulang tahun ke-10 Afgan dalam industri muzik."

Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert di mana ia mampu memberi suasana intim bersesuaian dengan objektif konsert.

"Dengan mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500) beserta kekuatan populariti Afgan di Malaysia, kita menjangkakan sebuah konsert yang soId-out”, kata Nik.

Selain Nizra Production, turut sama hadir ialah Maybank selaku penaja rasmi konsert.

Jejaka kelahiran Jakarta, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan, telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia.

Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Shiela Majid. Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini bersama lsyana Sarasvati dan Rendy Pandugo.

Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia.

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah.

Terkenal dengan kekuatan vokal yang tersendiri. konsert ini pastinya akan membuai perasaan peminat Afgan sambil melihat perjalanan dan transfotmasi beliau bukan sahaja sebagai penyanyi aalah petkembangan muzik Afgan sendiri.

Konsert ini dianggap begitu dekat dan bermakna buat Afgan kerana ia akan memperlihatkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk kematangan beliau dalam industri hari ini.

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengal sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekal membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.

Tiket konsert boleh didapati bermula 21 September 2018 (Jumaat) dan dijual pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond WIP).

Bagi pembeli tiket Diamond VVIP. akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan.

Manakala, berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10% diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811.


Comments

Popular Posts