4,000 MERIAHKAN ACARA JALAN KAKI WALK-A-MILE



Walk-A-Mile, acara jalan kaki yang paling lama di Malaysia anjuran NESTLÉ OMEGA PLUS kembali untuk tahun ke-17 berturut-turut di Taman Tasik Perdana hari ini sempena meraikan Hari Jantung Sedunia.

Acara ini menyaksikan penyertaan 4,000 rakyat Malaysia, jumlah peserta terbesar untuk acara setakat ini, mengorak langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat.

Sambutan ini juga menandakan tahun ke17 kerjasama antara NESTLÉ OMEGA PLUS dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dalam memerangi kolesterol tinggi, salah satu faktor risiko utama penyakit jantung.

Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dalam kalangan orang dewasa di Malaysia yang telah menyebabkan 13.2 peratus daripada jumlah kematian pada tahun 20161. Kolesterol tinggi, penyebab utama penyakit jantung, menjejaskan hampir separuh atau 47.7 peratus rakyat Malaysia dewasa. Namun begitu, empat daripada lima rakyat Malaysia yang menghidapi kolesterol tinggi tidak menyedari status mereka2.

Lebih membimbangkan lagi, kesihatan jantung masih lagi diselubungi mitos dan tanggapan salah.

“Ramai rakyat Malaysia masih percaya bahawa kolesterol tinggi hanya menjejaskan kumpulan individu tertentu sahaja. Namun pada hakikatnya, setiap orang – tidak kira umur, jantina, berat badan dan latar belakang berdepan dengan risiko kolesterol tinggi. Disebabkan gaya hidup yang semakin pantas, tabiat pemakanan yang kurang sihat, serta senaman tidak mencukupi, rakyat Malaysia wajar bersikap lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka bermula hari ini,” demikian kata Kumaran Nowuram, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO dan Susu, Nestlé Malaysia.

“Walk-A-Mile mencerminkan matlamat jenama kami untuk meningkatkan kualiti hidup dan melakar masa depan yang lebih sihat bagi semua. Kempen ini merupakan lanjutan komitmen kami dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih panjang dan bermakna dengan menggalakkan tabiat sihat jantung seperti pengambilan diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten.

Walaupun setiap individu seharusnya bertanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing, sebagai peneraju kesihatan jantung, kami percaya kita semua perlu memainkan peranan secara kolektif. Melalui kerjasama jangka panjang dengan YJM, dengan menjaga kesihatan jantung sendiri kita juga mampu menjaga kesihatan jantung orang lain,” tambah beliau.

Selari dengan komitmen untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan kesihatan jantung, Nestlé Malaysia telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada YJM sempena acara ini.


“Selama 36 tahun, kami telah menerajui usaha meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung sebagai asas kesejahteraan hidup,” kata Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Presiden YJM.

“Namun, kami perlu melipatgandakan usaha. Memandangkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia yang menghidapi kolesterol tinggi berumur 40 tahun ke bawah, kami akan menyasarkan fokus kami terhadap golongan muda untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan pengurusan kolesterol ke arah kesihatan jantung.”

“Sebagai segmen yang paling produktif dalam masyarakat, golongan muda perlu memberikan tumpuan khas kepada kesihatan jantung mereka kerana gaya hidup mereka yang kurang sihat hari ini lambat laun akan memberikan impak negatif. Penyakit jantung sebenarnya mampu dicegah dan kami menegaskan kepentingan pemeriksaan kolesterol berkala dan pelbagai pemeriksaan saringan jantung yang lain sebagai langkah pertama dalam penjagaan kesihatan jantung. Pemeriksaan kolesterol darah percuma juga disediakan semasa acara Walk-A-Mile,” tambah beliau lagi.

Selain Hearty Checks (pemeriksaan kesihatan), Walk-A-Mile tahun ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif bagi membantu peserta memahami kesihatan jantung dengan lebih mendalam.

Acara Hearty Walk sejauh satu batu yang berlangsung di sekitar tasik terdiri daripada pelbagai teka-teki dan halangan berkaitan dengan fakta serta tanggapan salah mengenai kolesterol.


Melalui Hearty Steps, para peserta berpeluang mempelajari beberapa senaman ringkas, manakala di Hearty Boost pula, mereka berpeluang menikmati minuman yang sihat untuk jantung.

Maju selangkah menuju kesihatan jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk bersikap lebih proaktif dalam menjaga jantung mereka melalui pengurusan paras kolesterol mereka. Perjalanan ke arah kehidupan lebih sihat bermula dengan perubahan-perubahan kecil yang berimpak tinggi.

Selain diet yang sihat dan senaman yang tetap, pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS yang mengandungi 1.2g sterol tumbuhan dan omega 3:6 dapat memberikan impak positif kepada kesihatan seseorang kerana bahan-bahan ini terbukti secara saintifik dapat mengurangkan paras kolesterol secara berkesan sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Untuk maklumat lanjut tentang NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA