"YASMIN I LUP CHEW" - BUKU KOLEKSI CORETAN YASMIN AHMAD



Dalam kejayaannya menawan pelbagai anugerah berprestij antarabangsa seperti Cannes Gold, Yasmin Ahmad turut menawan hati rakyat tempatan dari pelbagai golongan dengan filemnya "Sepet", "Talentime", dan "Gubra", dan tentu sekali pelbagai iklan televisyen perayaan Petronas.

Kesemua ini merupakan inspirasi daripada pengamatan mendalamnya terhadap rakyat Malaysia berbilang kaum, latar belakang dan agama. Kini rakyat Malaysia berpeluang menemui koleksi pengamatan arwah Yasmin sendiri yang bermula seawal 1980an dikumpul dalam buku keduanya berjudul "Yasmin I lup chew' yang akan dilancarkan hari ini.

Pengamatan Yasmin biasanya dalam bentuk bebas dan ada kalanya dalam sajak, diabadikan pada cebisan kertas dan nota. Kesemua ini disimpan bersama foto-foto dan keratan akhbar di dalam kotak kasut seperti biasa diamalkan generasinya.

Menariknya, amalan ini ditampilkan dalam filem ketiga Yasmin "Gubra". Koleksi tulisan ini terhasil pada waktu sebelum Yasmin menjadi popular mahupun sebelum iklan televisyen pertamanya terhasil. Yasmin akan berkongsi isi kotak kasutnya secara senyap-senyap kepada teman-teman artis rapat yang sedang bergelut dalam hidup sebagai peringatan yang halus untuk mereka terus berusaha.

"Jika niat kita ikhlas, sesuatu yang hebat bakal lahir sekiranya hasil kerja kita berpandukan kaca mata pandangan manusia, dan juga Yang Maha Esa dengan izinNya."

Sikapnya yang gigih menaikkan semangat teman-teman rapat kini diabadikan dalam buku "Yasmin I Iup chew" (”I lup chew" merupakan frasa kegemaran Yasmin 'I Love You' yang dizahirkan kepada rakan-rakan baharu mahupun yang rapat; sebutannya sengaja dijadikan sebegitu dan tampil relevan kepada semua kaum, agama dan golongan yang ada kalanya memisahkan kita.)


YBhg. Datin Orked Ahmad dalam ucapan sewaktu pelancaran buku ini berkata "Saya sangat gembira dengan sokongan penuh daripada rakan-rakan dan Leo Burnett yang terus menghidupkan peninggalan Yasmin. Arwah sememangnya banyak menyentuh hati banyak pihak dan sejujurnya saya harap beliau akan terus menjadi sumber inspirasi kepada ramai lagi melalui buku "Yasmin I lup chew" ini."

Buku ini dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Datin Orked Ahmad, adik kepada Yasmin Ahmad dan Pengerusi Persatuan Yasmin Ahmad bersama Tan Kien Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Publicis One Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Malaysia.

Tan Kien Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Publicis One Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Malaysia turut menambah "Kami akan terus merealisasikan harapan Yasmin menjadikan Malaysia lebih baik. Sepanjang kariernya sebagai Pengarah Kreatif Eksekutif di Leo Burnett, Yasmin sentiasa menekankan kepentingan terhadap harapan. Ini jelas terlihat dalam tulisannya, serta nasihatnya terhadap para penulis dan pengarah seninya, "Dengar kata hati anda dan semuanya pasti baik belaka". Dengan "Yasmin I lup chew", kami berharap nilai-nilai pernah dibawa Yasmin kasihsayang, setiakawan, kemaafan dan baik hati dapat dikongsikan kepada generasi muda tidak kira bangsa dan agama.

Serentak dengan pelancaran ini, dokumentari 'Yasmin-san' turut ditayangkan secara eksklusif. Dokumentari oleh Edmund Yeo diiktiraf ramai yang diterbitkan hasil kerjasama Japan Foundation ini menampilkan Sharifah Amani berkongsi bagaimana hasil kerja Yasmin berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia dan juga Jepun.


"Yasmin I lup chew" terdapat dalam dua edisi iaitu buku biasa dan edisi terhad dalam bentuk kotak kasut. Edisi kotak kasut "Yasmin I lup chew" mengandungi replika nota, hasil puisi terawal Yasmin, petikan jurnal kembara, draf awal idea filem dan gambar-gambar lama yang tidak pernah dikeluarkan dan dilengkapkan dengan pengamatan daripada keluarga dan rakan-rakan Yasmin seperti Dr. Jemilah Mahmood, pengasas Mercy Malaysia.

Yasmin pernah berkata: "Agaknya, lepas kita teliti sedalamnya, istilah orang kreatif tidak wujud, yang ada hanyalah mereka dengan pengamatan tajam yang peka jiwanya".

Selami pengamatan Yasmin lebih mendalam dengan buku ini, berharga pada RM49.90 dan edisi terhad kotak kasut pada RM299 sementara stok masih ada. 

"Yasmin I lup chew" terdapat di Kinokuniya KLCC dan www.yasminahmad.com manakala edisi terhad kotak kasut hanya terdapat dalam talian.

Hasil jualan akan disalurkan ke Persatuan Yasmin Ahmad yang berterusan bersedekah, berkongsi ilmu dan berdoa untuk Arwah Yasmin.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN