CÉ LA VI BAKAL MEMBUKA PINTUNYA DI MENARA ILHAM



CÉ LA VI, jenama gayahidup yang pernah memenangi anugerah dari Singapura bakal meluaskan citarasa kulinari yang mengujakan, mixologi, dan juga hiburan ke Malaysia apabila cawangan yang terbarunya dibuka di Kuala Lumpur bulan depan.

CÉ LA VI Kuala Lumpur terletak Aras 37, Sky Terrace di Menara Ilham, Jalan Binjai di Kuala Lumpur. Ia membolehkan pengunjung menikmati pandangan 360-darjah Kuala Lumpur dan menara berkembar, Petronas Twin Towers.

Pusat santapan dan hiburan ini mempunyai keluasan 1,150 meter persegi ini menampilkan tiga ruangan yang berbeza iaitu restoran, lounge dan kelab.


Restoran CÉ LA VI menawarkan pelbagai hidangan Asia yang moden. Ia dilengkapi bilik makan peribadi dan ruangan terbuka al fresco. CÉ LA VI Lounge adalah tempat bersantai dengan bilik cerut yang eksklusif. CÉ LA VI Club pula menampilkan ruang berpesta yang dilengkapi dengan sistem audio dan visual yang canggih.

CÉ LA VI Kuala Lumpur adalah usahasama di antara pengusaha restoran Cavaliere Modesto Marini, dan L Catterton Asia, pemilik jenama CÉ LA VI.

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

WATSONS BEAUTOPIA 2026 KEMBALI SEBAGAI ACARA KESIHATAN & KECANTIKAN TERBESAR MALAYSIA

VIU ORIGINAL CINTA DALAM SEKAM RAIH KEDUDUKAN DRAMA NO.1 DI VIU MALAYSIA HANYA DALAM MINGGU PERTAMA