BEG EKSKLUSIF MIMPIKITA UNTUK PENGGEMAR NESTLÉ ICE CREAM



Dalam dunia hari ini, semua wanita boleh digelar adi wira. Tetapi adi wira bukan hanya mereka yang memakai topeng dan mantel. Mereka adalah kaum wanita yang ada di sekeliling kita.

Mereka adalah ibu suri rumah yang sentiasa memastikan keadaan rumah tangganya tenteram dan teratur; atau wanita berkerjaya yang saban hari menginjak sempadan kejayaan mereka, mahupun para pelajar wanita yang berusaha keras untuk masa hadapan yang cerah untuk masyarakat.

Untuk meraikan wanita-wanita moden hari ini, Nestlé Ice Cream Malaysia dan jenama fesyen tempatan Mimpikita akan melancarkan dua beg koleksi terhad dalam satu kolaborasi eksklusif yang boleh didapati di pasaran mulai Oktober ini.

Beg keluaran terhad ini boleh didapati dalam dua reka bentuk yang unik dan serasi. Kolaborasi ini meraikan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang menjadikan mereka unik.

Semua sifat ini diterjemah dengan sempurna dalam dua rekaan - Zara yang menampilkan bentuk geometri kental dengan warna yang cerah, sesuai untuk wanita yang berani menongkah arus; dan Jasmine, yang mempunyai penampilan reka bentuk lebih lembut dalam warna pastel manis untuk penampilan yang lebih feminin dan lembut.

“Kami mahu meraikan para wanita dan penggemar Nestlé Ice Cream dengan sesuatu yang istimewa dan bermakna untuk mereka. Nestlé Ice Cream menawarkan rangkaian aiskrim yang lazat untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk semua usia yang sesuai bagi pelbagai acara kecil mahupun besar; jadi tentulah kami ingin bekerjasama dengan jenama fesyen yang juga disayangi dan mendukung nilai-nilai yang serupa. Mimpikita adalah satu jenama yang sinonim dengan wanita-wanita Malaysia; bergaya tanpa kelihatan keterlaluan, feminin namun tetap kuat,” kata Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream.

Sebagai wanita, usahawan dan ibu, para pengasas adik-beradik Mimpikita Nurul, Amirah dan Syahirah Zulkifli dan jenama mereka melambangkan nilai teras kempen ini.

“Dalam proses mencipta rekaan yang kosmopollitan dan praktikal, kami suka menyelitkan unsur-unsur tradisional dengan menggunakan fabrik perincian yang mewah dan unik. Rekaan ini memberi sentuhan moden namun tetap halus, seperti seorang wanita. Kami mahu rekaan ini menjadi simbol kepelbagaian, bersifat keyakinan, keberanian untuk mengambil risiko, malah lembut dan jitu. Kolaborasi ini merupakan peluang terbaik untuk kami menampilkan nilai-nilai yang kami kongsi bersama Nestlé Ice Cream Malaysia dan meraikan pelbagai wanita yang turut menjadi pelanggan setia kami,” kata Pengasas dan Pengarah Pengurusan Mimpikita, Nurul Zulkifli.


Beg keluaran terhad ini boleh didapati di acara jelajah Nestlé terpilih di seluruh negara dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018 dengan pembelian mana-mana produk Nestlé Ice Cream bernilai minimum RM25.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/nestle-mimpi-kita

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA