HUGO’S IN THE SKY @ GRAND ION DELEMEN, GENTING
Hugo’s in the Sky adalah sebuah restoran di Grand Ion Delemen, Genting Highlands di mana para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan kepulauan Mediterranean dalam suasana selesa sambil menyaksikan pemandangan indah banjaran Titiwangsa.
Dekorasinya menggabungkan konsep rustik kontemporari moden dengan gaya yang anggun.
Pelanggan boleh memilih untuk duduk di luar atau di dalam restoran. Restoran ini adalah luas dan selesa.
Ruangan bar lengkap dengan meja snooker dan sofa untuk berehat. Minuman keras juga dihidangkan di bar dan ia terbuka kepada pengunjung berumur 18 ke-atas.
Ruangan restoran yang luas dengan tingkap kaca dari siling ke lantai membolehkan pengunjung menikkati keindahan pemandangan di luar terutamanya di waktu matahari terbenam.
Konsep dapur yang terbuka membolehkan pengunjung melihat makanan disediakan.
Menu utama menawarkan pelbagai stek daging lembu dan kambing gred-premium, makanan laut bakar, pasta dan pizza. Pizza disediakan segar dari oven.
![]() |
Pizza 12 inci buatan tangan dengan kulit nipis. |
![]() |
Australian Beef Short Rib: Daging rusuk lembu yang lembut dihidangkan dengan sos BBQ, Moroccan Couscous dan sayuran panggang |
![]() |
Appetiser |
![]() |
Pizza Calzone |
![]() |
Gambas Al Pil Pil |
![]() |
Seafood Paella |
![]() |
Pacific Halibut |
![]() |
Grass Fed Black Angus Fillet |
![]() |
Hillside Rack of Lamb |
![]() |
Grilled Tiger Prawns |
![]() |
Duck Pasta |
![]() |
Chilly Mousse |
Hugo’s In The Sky
Masakan: Mediterranean
Kapasiti tempat duduk: 150
Waktu Perniagaan:12 tgh hari – 1 pagi
Bar: Sepanjang Hari
Menu Snek: 12 tgh – 5 ptg
Menu Makan Malam: 5 ptg – 11 mlm (Menu Pizza sehingga 12 tgh malam)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Grand Ion Delemen Hotel Alamat: Jalan Ion Delemen 1, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, 69000, Malaysia Nombor
Telefon: +603 6433 2200
Laman Web: https://www.iondelemenhotels.com
Laman Facebook: https://www.facebook.com/iondelemenhotels
Comments
Post a Comment