EKSKLUSIF: YANNICK BOVY KEMBALI DENGAN LAGU HITS NAT KING COLE

Photo credits to Freya Goossens

Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara untuk jelajah dunia Yannick Bovy Celebrates 100 Years of Nat King Cole. Yannick Bovy menjanjikan satu malam yang tidak mudah dilupakan dengan dendangan lagu-lagu hits klasik Nat King Cole termasuk “Unforgettable”, “L-O-V-E”, “Let There Be Love”, “Mona Lisa” dan “The Very Thought of You”.

Jom kita baca wawancara eksklusif FemagOnline bersama penyanyi berbakat ini.

1) Bagaimanakah tercetusnya idea untuk konsert tribute kepada penyanyi jazz bertaraf legenda, Nat King Cole?

Saya diberi peluang oleh Belgium VRT untuk membuat persembahan dengan artis-artis lain dalam program ‘Nat King Cole 100’ pada Disember 2018, beberapa bulan sebelum tarikh hari jadinya yang ke-100.  Persembahan tersebut telah dirakamkan oleh VRT dan lagu-lagu tersebut telah dimuatkan di dalam satu album tribute.

Memandangkan Hari Jadi Nat King Cole yang ke-100 jatuh pada tahun ini, saya rasa ia adalah masa yang sesuai untuk meraikan dan menghargai legenda ini dan muziknya.


2) Apakah lagu Nat King Cole yang membuatkan anda rasa gembira? Mengapa?

NKC mempunyai banyak lagu-lagu yang hebat, tetapi saya amat sukakan ‘The Rules Of The Road’. Lirik dan melodi yang bagus, mempunyai pesanan tentang hidup dan cinta, mengajar anda belajar dari kehidupan.…


3) Apakah lagu Nat King Cole yang paling mencabar untuk dinyanyikan?

Semestinya ‘Orange Coloured Sky’. Ia adalah sebuah lagu yang mengagumkan dengan susunan muzik yang bijaksana, tetapi agak rumit untuk dipersembahkan. Saya amat gembira kerana berpeluang untuk mendendangkan lagu ini dengan diiringi oleh  pemuzik-pemuzik yang hebat dari Eropah.


4) Apakah persembahan Nat King Cole yang pertama anda ingati?

Saya meminati lagu-lagu Nat King Cole sejak zaman remaja saya lagi. Muzik beliau mengingatkan ketika saya mendengar radio di rumah datuk dan nenek saya di masa lalu. Kedua datuk dan nenek saya gemar menyanyikan lagu-lagu jazz dan big band. Banyak lagu-lagu dalam projek ini yang saya sudah hafal walaupun saya belum pernah merakam atau mempersembahkan lagu-lagu tersebut.

Photo credits to Freya Goossens

5) Bagaimanakah Nat King Cole menjadi inspirasi kepada anda?

Semua lagu-lagu NKC mempunyai mesej tentang harapan dan cinta yang mempunyai daya tarikan kepada ramai pendegar muda. Lirik lagunya begitu indah sekali tanpa mengira usia. Sama ada anda berumur 70 tahun mendengar lagu ‘When I Fall in Love’ bersama isteri anda atau 17 tahun bersama teman wanita, liriknya amat hebat sekali.


6) Jika anda diberi peluang untuk berduet dengan Nat King Cole, lagu apakah menjadi pilihan anda?

‘When I Fall in Love’ adalah sebuah lagu klasik Nat King Cole yang paling popular dalam segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan ia menjadi pilihan saya untuk duet!.


7) Siapakah penyanyi-penyanyi lain yang memberikan inspirasi kepada anda?

Tony Bennett adalah penyanyi yang paling saya gemari dan saya merasa amat bertuah apabila saya diberi peluang untuk membuat persembahan pembukaan konsert beliau beberapa tahun lalu. 


8) Apakah saat-saat yang paling sukar dilupakan bersama peminat-peminat anda di seluruh dunia?

Kunjungan saya yang pertama ke Asia adalah yang paling sukar untuk dilupakan. Saya tidak menjangkakan sambutan yang amat ramah daripada peminat-peminat saya di Kuala Lumpur dan Jakarta. Mereka menunggu di luar hotel dengan membawakan gambar saya sambil menyanyikan lagu saya ‘Theoretical love”, yang pernah popular beberapa tahun yang lalu.


9) Bagaimanakah anda menjaga suara?

Dapatkan tidur dan cukup. Madu adalah sesuatu yang mujarab bagi saya!


10) Apakah yang bakal disaksikan oleh penonton-penonton konsert itu nanti?

Konsert saya adalah bertumpu kepada muzik. Saya mahu menghidupkan lagu-lagu NKC apabila dimainkan oleh pemuzik-pemuzik handalan. Saya juga akan menampilkan beberapa fakta menaraik tentang NKC dan menjemput para penonton untuk mendendangkan bersama lagu-lagu beliau yang masih digemarai ramai. Saya juga akan membawakan beberapa lagu saya sendiri yang sering diputarkan di corong radio Malaysia. I want the audience to go home with a smile on their face.



"His voice. His pronunciation. His warmth and depth. It was so easy to remember his lyrics and words, because you could understand him so well. The man’s voice really carries. Fans can expect a very intimate concert with wonderful musicians I’ll be bringing along. The show has the purpose to honour Nat King Cole and his emotional songs. I hope to take everybody back to an era of romanticism for a few hours" - Yannick Bovy.



Kategori dan Harga Tiket:
Premium – RM480
VIP – RM380
Cat A – RM250
Cat B – RM150
Cat C – RM80

*Semua harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Untuk pembelian tiket sila layari www.milestone-entertainment.com  dan dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti https://www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!