MELOMPAT KE TAHUN BAHARU DENGAN ARNAB PIXEL YANG PERTAMA DI FAHRENHEIT88

Bagi Tahun Arnab ini, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen Tahun Baharu Cina dengan tema "Blooming inTU" (TÙ, Arnab dalam bahasa Cina). Sambutan Tahun Baharu Cina di Fahrenheit88 bermula dari sekarang hingga 5 Februari. Dengan kerjasama  artis Original Pixel Gang, Fahrenheit menampilkan pelbagai aktiviti perayaan yang interaktif dan mengasyikkan untuk semua pengunjung ke pusat beli-belah tersebut.


Temui Si Arnab Merah yang dikenali sebagai TomatoBit di Pintu Masuk Utama dan Atrium Utama. Anda semua dijemput untuk menyertai aktiviti mencari digital TomatoBit x Fahrenheit88 untuk mengumpul 5 lencana digital yang boleh dipindahkan ke token NFT. Anda perlu mencari dan mengimbas kod QR yang terletak di 5 lokasi berbeza di pusat membeli-belah untuk memenangi barangan TomatoBit edisi khas di Kaunter Concierge, Tingkat bawah.


Bagi melengkapkan persiapan Tahun Baharu Cina, anda boleh singgah di Bazar Tahun Baru Cina Fahrenheit88 untuk mendapatkan pakaian oriental, barang kemas buatan tangan, biskut perayaan dan banyak lagi. 


Selain itu, anda juga boleh menyertai bengkel yang menarik di hujung minggu. Jangan lepaskan peluang untuk Mewarnai Arnab pada 14 Januari (2 petang – 3 petang), bengkel Rekaan Baju-T TomatoBit pada 14 Januari (4 petang – 5 petang) dan bengkel Kaligrafi Cina pada 15 Januari (2 petang – 3 petang & 4 petang – 5 petang).


Ceriakan Tahun Baharu Cina dengan menggunakan filter Instagram Fahrenheit88 untuk dikongsikan ke laman media sosial anda! 


Dapatkan Sampul Angpau TomatoBit Edisi Khas dengan setiap pembelian RM150 di Fahrenheit88. Dengan pembelian RM200 ke atas pula, anda berpeluang untuk memutar Wheel of Fortune bagi memenangi baucar beli-belah RM20. Dengan pembelian RM300, anda boleh menebus satu unit Bonsai Permata Bertuah. Terhad kepada 2 penebusan bagi setiap pembeli setiap hari. Sementara stok masih ada.


Untuk maklumat lanjut tentang Blooming inTU, sila layari halaman Facebook Fahrenheit88 di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, akaun Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/ atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Fahrenheit88 di 03-2148 5488 .





Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI