4 PILIHAN DRAMA TERBAIK DI PANGGUNG RTM SEPANJANG FEBRUARI INI DI TV1


Sepanjang bulan Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menyenaraikan empat pilihan drama terbaik mengisi slot popular, Panggung RTM, pukul 9.00 malam di TV1.

Membariskan gandingan pelakon terkenal tanah air Zara Zya, Mia Deen, Haleeda Mazlin, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Izzue Islam, saksikan drama bertajuk “Misi Adeera” yang menemui penonton pada 4 Februari ini. Ia mengisahkan Adeera merupakan anak angkat dan mempunyai seorang kakak angkat bernama Maya. Maya sgt cemburu melihat layanan ibu bapanya terhadap Adeera. Maya merasakan dirinya disisihkan olh keluarga sendiri. Adeera menghidap Kanser Neuroblastoma dan dia cuba utk membantu bisnes jualan tudung kakaknya, Maya dan ingin membuat Maya gembira. Maya sedih dan terharu. Maya meminta maaf dengan Adeera. Hubungan mereka pulih selepas itu.

Menyusul drama bertajuk “Satu Hari Di Bulan Februari” pada 11 Februari ini menonjolkan lakonan mantap Aida Aris, Sazzy Falak, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets, Adik Fifi Laura Olivia, Adik Heidi Aleesya dan Aidit Noh.

Perjalanan ceritanya tentang dua wanita iaitu Aminah dan Liz yang terpaksa berdepan dengan dilema berpisah dengan anak masing-masing, Kasih dan Mia setelah mengetahui anak yang dibela sejak 7 tahun yang lalu tertukar ketika dilahirkan. Liz seorang wanita bekerjaya manakala Aminah menjual nasi lemak.

Konflik keduanya bermula apabila Liz tidak mahu anak jagaannya Mia hidup susah setelah diserahkan kepada Aminah. Dia berhasrat untuk menjaga Kasih dan Mia. Konflik antara Aminah dan Liz berakhir dengan keputusan mahlamah bahawa anak-anak ini perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing. Mia mula menerima Aminah sebagai ibu kandung akan tetapi Kasih sering menangis kerana kesibukan Liz dan suaminya, Henry. Hasrat Liz untuk menjaga Mia dan Kasih tercapai apabila Aminah meninggal dalam rompakan kedai tempat dia bekerja.

Amelina dan Che Kem dalam Akad Ibu Sejadah Rindu

Pada 18 Februari ini, penyanyi dangdut popular Amelina mengubati kerinduan peminatnya muncul dalam sebuah drama bertajuk “Akad Ibu Sejadah Rindu”. Bergandingan dengan pelakon Che Kem sebagai watak utama, drama ini turut dibintangi oleh Ku Faridah, Sahee Shamsuddin, Mimi Ernida, Zarina Zainuddin, Azzahra Ahmad, dan Fauzuly D’Boy.

Kisahnya tentang watak Sofia dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik mengalami kemurungan. Taufik dan anak-anaknya, Danial dan Diana di jaga oleh mentuanya Puan Kalsum. Puan Kalsum tidak suka Sofia kerana tidak sedarjat dengannya. Selepas keluar penjara, Sofia mencari suami dan anak-anaknya tetapi tidak berjaya. Berjayakah Sofia mencari suami dan anak-anaknya?


Melengkapkan slot Panggung RTM sepanjang bulan Februari ini, ikuti tajuk “Cinta Disertasi” disiarkan pada 25 Februari ini. Plot ceritanya berkisar tentang Fairuz, gadis cantik, berbudi bahasa, baik dan pintar. Kebaikan dan kecantikannya telah menjadi tajuk perbualan dalam kalangan pensyarah. Iwan pula seorang pelajar Sarjana yang sangat berminat dengan Fairuz, tetapi Fairuz hanya menganggap Iwan sebagai kawan sepengajian dan tidak lebih daripada itu. Isteri Dr. Rosli, Fatinah telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser dan merahsiakan penyakitnya daripada suami dan anaknya. 

Dr Rosli telah meminta Fairuz seorang lulusan Agama Islam dan merupakan pelajar seliaan beliau telah diminta untuk mengajar anaknya mengaji. Pada masa yang sama, Fatinah berusaha agar suaminya berkahwin dengan Fairuz. Saksikan lakonan Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Faezah Elai, Faye Kusairi, Shahz Jazle, Fauziah Nawi, Putri Qaseh, dan Tony Eusoff ini di TV1.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton rancangan di TV1, anda berpeluang menontonnya menerusi RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).


 



Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA