MAKAN KITCHEN @ DOUBLETREE BY HILTON KUALA LUMPUR BAWAKAN HIDANGAN 'SPRING INTO ABUNDANCE'


Raikan Tahun Arnab bersama Doubletree by Hilton Kuala Lumpur di Makan Kitchen dengan hidangan bertemakan 'Spring into Abundance'. Menu hidangan yang disediakan oleh chef-chef berpengalaman merangkumi hidangan tradisional yang meriah dengan sentuhan baharu untuk menu “makan besar” (reunion dinner), bufet hi-tea Tahun Baru Cina dan pilihan yee sang premium yang eksklusif.


Lambungan Kemakmuran

Tahun ini, para tetamu Makan Kitchen disajikan dengan pelbagai ramuan Yee Sang ala DIY untuk disediakan mengikut citarasa anda sendiri - Yee Sang tradisional, buah-buahan segar, Abalone Guai Fei, Salmon, Tuna dan Unagi. Satu dulang besar yee sang adalah sesuai untuk sajian sepuluh orang berharga dari RM 68 bersih dan juga boleh bawa pulang.

Kaunter DIY Yee Sang

Bufet High Tea

Tersedia pada setiap Sabtu dan Ahad, 12.30 tengah hari – 4.00 petang, dari 7 – 26 Januari 2023 dan berharga RM 118 bersih bagi setiap dewasa dan RM59 bersih bagi setiap kanak-kanak.

Si comel boleh menikmati aktiviti interaktif di Lounge Kanak-kanak (Kids Lounge) yang terletak di dalam Makan Kitchen dan dihiburkan oleh penampilan Cookie Man, badut mesra dengan belon.


Antara hidangan yang harus anda cuba adalah: Yee Sang Kemakmuran, Nasi Kukus Daun Teratai Lapan Harta Karun, Ikan Siakap Kukus Halia, Udang Besar Bersalut Oat Daun Kari, Sup Gamat Pedas & Masam.

Poon Choi

Bufet Makan Malam Perayaan Lunar

Tersedia pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, 6.30 petang – 10.00 malam, dari 5 Januari hingga 25 Februari 2023 dan berharga RM148 bersih bagi setiap dewasa dan RM74 bersih bagi setiap kanak-kanak.

Nasi Kukus Daun Teratai Lapan Harta Karun

Bufet Makan Malam Reunion

Tersedia beberapa hari sebelum malam ambang Tahun Baharu Cina dari 20 hingga 22 Januari 2023, 6.30 petang – 10.00 malam dan berharga RM 188 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM 94 bersih bagi setiap kanak-kanak.

Ikan Kukus Kicap Supreme

Inilah masanya untuk bersuka-ria sambil menjamu selera di Makan Kitchen @ Doubletree by Hilton Kuala Lumpur. Pilihan hidangan yang lazat dan juga simbolik membawa tuah yang harus dicuba adalah yee sang tradisional, Poon Choi, Sashimi Segar dengan Salmon, Tuna dan Kekapis Jepun, Nasi Kukus Daun Teratai Lapan Harta Karun, Ikan Kukus Kicap Supreme dan Sup Istimewa 'Spring Into Abundance' Tahun Baru.


Kempen 'Spring to Abundance' bermula dari 2 Januari hingga 5 Februari 2023. Untuk tempahan, sila hubungi +603 2172 7272, e-mel KULDT_FB@hilton.com, atau layari eatdrinkhilton.com. #CNYatHilton

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO