SODI LADIES CUP 2022 GALAKKAN LEBIH RAMAI WANITA UNTUK MENCEBURI SUKAN PERMOTORAN


Sukan permotoran adalah sesuatu yang harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira faktor umur atau jantina. Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam sukan permotoran, Morac Go Kart Track 1 Utama bersama Cik Leona Chin telah bergabung tenaga dalam menganjurkan ‘The Pink Stuff SODI Ladies Cup’. 

Pertandingan istimewa ini adalah yang pertama seumpamanya di mana ia terbuka secara eksklusif untuk wanita supaya mereka boleh bersaing dan menyerlahkan bakat terpendam mereka dalam sukan permotoran.

Acara perlumbaan ini berlangsung di trek Morac Go Kart 1 Utama dengan sokongan Motorsports Association of Malaysia (MAM). Trek go kart sepanjang 420 meter mungkin dianggap sebagai trek yang pendek pada umumnya, tetapi trek yang pendek ini mempunyai 17 sudut tepi yang agak mencabar untuk direntasi di atas landasan trek. Kejohanan ini menampilkan tiga pusingan pertandingan, dengan pusingan pertama berlangsung pada bulan Oktober, bulan November dan perlumbaan terakhir pada 17 Disember 2022.


Kejohanan ini dibuka kepada orang awam dan mempunyai empat kategori untuk memberi persaingan yang adil kepada para peserta. ‘Karters’ yang berpengalaman akan bersaing dalam kategori ‘Expert’, manakala peserta yang baru akan bertarung antara satu sama lain dalam kelas ‘Novice’. Kategori khas turut diperkenalkan untuk rakan media, dan kategori Selebriti realme dikhaskan untuk KOL dan para ‘Influencer’.

Perlumbaan terakhir ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta wanita telah mendaftar untuk acara tersebut. Mereka diberi masa 10 minit untuk belajar dan membiasakan diri dengan trek, sebelum menuju ke sesi kelayakan selama 5 minit.


Dalam perlumbaan sebanyak 30 pusingan, remaja cilik Nurul Auni Nasharuddin sekali lagi muncul sebagai juara dalam kategori Expert, menamatkan perlumbaan di hadapan Yin Yi Loke dan Faith Chiew. Juara kategori Novice pula adalah Dayang Suria diikuti pemenang kedua Wynter Lim dan pemenang tempat ketiga iaitu Ethira.

Nurul Auni Nasharuddin muncul sebagai juara dalam kategori Expert dengan jumlah maksimum 60 mata. Manakala naib juara dimenangi oleh Dr Latun dan pemenang tempat ketiga adalah Faith Chiew. Bagi Kejohanan kategori Novice pula dimenangi oleh Dayang Suria Ismail. Manakala naib juara dimenangi oleh Wynter Lim dan temat ketiga dimenangi oleh Najwa Binti Soib.

Kategori realme Celebrity pula menampilkan Mira Rizam sebagai juara dengan mengalahkan DJ Jeana di garisan penamat. Tempat terakhir di podium di ambil oleh Alana Dunsmore. Antara rakan media pula Nur Atiqah dari wiser.my berjaya menduduki tempat pertama diikuti Qutreen Nada dari Oh!Bulan di tempat kedua dah tempat ketiga sekali lagi dimenangi oleh Siti Balqis dari Femagonline.


Selain daripada aksi perlumbaan karting dalam kehidupan sebenar, perlumbaan itu juga dijalankan di dunia maya di Simulator Raceroom di mana dua unit simulator digunakan dalam acara tersebut. Sambil menunggu giliran berlumba atau meluangkan masa para peserta dan pelawat dapat mengalami eSports melalui simulator perlumbaan, dan ada juga yang berjaya meraih trofi cabaran serangan masa yang diadakan untuk memeriahkan lagi acara itu. Acara ini dimenangi oleh Loke Yin Yi, Nurul Auni Nasharuddin, dan Adele Lew.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!