SAKSIKAN TAYANGAN FILEM & TELEMOVIE KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan empat program khas disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2, Dunia Ria. Menemui penonton tiga hari berturut-turut, tayangan filem dan telemovie khas ini disiarkan mulai 20 hingga 22 Januari depan.


Saksikan filem “Beautiful Accident” mengisi slot Screen on 2 pada 20 Januari ini, pukul 9.00 malam berkongsi kisah kerana meninggal dunia dalam usia muda akibat kemalangan kereta, seorang wanita dihantar kembali ke dunia untuk hidup sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua anak selama seminggu. Ia membariskan pelakon Gwei Lun Mei, Wang Jingchun, Chen Kun dan Ouyang Nana.


Seterusnya, ikuti kisah seorang pemuda bernama Yeong-gi yang telah menggelapkan duit ketuanya dan menggunakannya duit tersebut untuk melabur saham, malangnya saham tersebut gagal. Ketika sedang berputus asa, takdir menemukan dia dengan Jang-su, seorang lelaki kaya yang tidak mempunyai banyak masa untuk hidup kerana sakit. Jang-su memberitahu bahawa dia akan menyerahkan insuran nyawanya untuk membayar hutang Yeong-gi dengan syarat Yeong-gi menunaikan semua senarai permintaannya. Filem dengan tajuk “Man Of Men” lakonan Cho Jin‑woong, Kim Sa‑rang, Sol Kyung‑gu dan Jin Seon‑kyu ini menemui penonton pada 21 Januari ini, pukul 10.30 malam.



Telemovie khas bertajuk “When Will You Get Married” disiarkan pada 22 Januari ini, pukul 1.00 tengah hari tidak kurang menariknya membawakan cerita sebagai seorang wanita berkerjaya, Jia Jia tidak pernah memikirkan untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Roy dan mereka telah berpisah. Bagaimanapun, nenek Jia Jia memaksa Jia Jia untuk membawa teman lelakinya pulang semasa Tahun Baharu Cina kali ini. Jia Le, kawan sekola Jia Jia yang kebetulan mendengar perbualan itu, menawarkan diri membantu Jia Jia, dengan syarat, Jia Jia membayar perkhidmatannya yang menyamar sebagai teman lelaki Jia Jia. Ia menampilkan pelakon Lynn Lim, Wilson Lee, Faye An, Jet Lew dan Ng Chooi Hong.


Melengkapkan program khas sempena Tahun Baharu Cina ini tayangan telemovie kekeluargaan bertajuk “The Siblings” pada 22 Januari ini, pukul 10.30 malam. Ikuti plot kisah persaingan dua beradik sejak kecil yang membawa ke dewasa dari semua segi. Han dan Hong asalnya adik-beradik yang rapat, namun keadaannya berubah apabila pada zaman belajar di kolej, Hong ternampak Han memberikan patung kepada wanita idamannya. Sejak itu, persaingan mereka bertambah dasyat sehingga nenek mereka risau dan kembali ke Malaysia untuk menyatukan mereka berdua. Lakonan menarik Yue Han, Hong Chen Hung, Kelly Lim, Jean Kueh dan Lee Yoke Lan.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton rancangan di TV2, anda berpeluang menontonnya menerusi RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!