BONIA TAMPILKAN KOLEKSI KAPSUL BONIA x LISA WONG SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2023


Bagi meraikan Tahun Baharu Cina 2023, BONIA telah melancarkan koleksi kapsul sedia dipakai yang pertamanya bagi Tahun Arnab dengan kerjasama pelukis tempatan, Lisa Wong, yang terkenal dengan lukisan dakwat yang halus dan berwarna-warni.

Bakat Lisa wang mendapat perhatian daripada Pengarah Kreatif Pemasaran BONIA, Datin Sri Linda Chen, yang terpegun dengan hasil seninya yang menampilkan kuntuman bunga dan juga haiwan yang menarik. 


Koleksi BONIA x LISA WONG ini diilhamkan daripada salah sebuah lukisan Lisa dan mencerminkan keanggunan dan perasaan romantis yang sepadan dengan DNA BONIA.


Koleksi ini menampilkan beberapa busana sedia untuk dipakai termasuk  Cheongsam, busana satu set yang sepadan, dan juga kemeja-Tedisi khas yang menampilkan cetakan eksklusif La Luna. 



Bagi melengkapkan gaya koleksi ini, BONIA turut membawakan rangkaian beg, aksesori kulit dan juga kasut yang tersedia dalam rona-rona terang dan melambangkan tuah bagi masyarakat Cina.


BONIA juga melancarkan sampul angpau edisi terhad yang diilhamkan daripada koleksi tersebut. Para pelanggan BONIA boleh mendapatkan sampul angpau tersebut secara percuma dengan minimum RM500 (sementara stok masih ada) di butik-butik BONIA.




Koleksi BONIA x LISA WONG tersedia di butik-butik BONIA terpilih dan juga di dalam talian di https://bonia.com/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN