ARENA AXIATA DIGEGARKAN OLEH SEEN FESTIVAL DENGAN PENAMPILAN NCT DREAM, WAYV, KARD, ALICE & DOLLA


SEEN FESTIVAL, anjuran CM Live telah menggegarkan Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 lalu dengan barisan bintang K-pop seperti NCT DREAM, WayV, KARD, ALICE dan juga kumpulan tempatan DOLLA.


Festival dimulakan dengan persembahan hangat daripada kumpulan gadis tempatan DOLLA dengan lagu-lagu hits yang menjadi siulan seperti “Impikan”, “BAD” dan “Dolla Make You Wanna”. 



Kumpulan yang dianggotai 7 gadis remaja ALICE mengambil alih daripada DOLLA dengan lagu “JACKPOT”, “Summer Dream” dan “DANCE ON”. Ini merupakan kemunculan pertama mereka di pentas Malaysia.



Kumpulan KARD kembali ke Malaysia dengan gerak tari dan nyanyian yang bertenaga dengan lagu hit seperti “Ring The Alarm”, “Oh NaNa” dan “Dumb Litty”. Beberapa peminat mendapat kejutan yang mengujakan apabila telefon mereka diambil oleh ahli kumpulan tersebut untuk mengambil swafoto.



Kumpulan WayV dialu-alukan ke pentas dengan lambaian lightstick. Peminat-peminat mereka tidak dihampakan dengan persembahan yang bertenaga untuk lagu  “Diamonds Only”, “Broken Love” dan lagu baharu  “Phantom”.



Festival diteruskan dengan persembahan NCT DREAM yang membawakan lagu  “Hot Sauce”, “Glitch Mode” dan “BeatBox”, sebelum diakhiri dengan “Candy”. Kumpulan ini turut menyanyikan lagu Happy Birthday untuk seorang daripada ahli kumpulan tersebut.


Untuk info terkini mengenai SEEN FESTIVAL, sila ikuti TikTok @seenfestival,
Facebook @seenfestival, Instagram @seenfestival_official dan YouTube @seenfestival.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS