THE BACHELOR INDONESIA BAKAL BERSIARAN DI DI HBO & HBO GO FEBRUARI INI


Bertepatan dengan Hari Valentine, The Bachelor Indonesia, Original Production dari HBO Asia, akan menyiarkan dua episod perdana siri ini pada hari Jumaat, Februari 10 2023 di HBO (Saluran Astro 411 HD) dan HBO GO dengan tempoh satu jam setiap episod di setiap hari Jumaat.

The Bachelor Indonesia ialah versi lokal pertama siri rancangan realiti Warner Bros. Discovery The Bachelor yang dihasilkan di Indonesia. Dalam siri 10-episod ini, penonton akan dibawa menyaksikan perjalanan percintaan yang penuh dengan drama, persaingan, kesedihan dan keghairahan. Saksikan 19 wanita berbakat dan berkarisma berjuang untuk mencari cinta sejati bersama seorang bachelor yang paling diidamkan di Indonesia.


The Bachelor Indonesia menampilkan Richard Kyle, seorang pengusaha bisnes, pelakon, model, hos TV, dan personaliti media sosial yang berusia 34 tahun. Seorang advokat hidupan liar dan peminat pengembaraan - yang juga pernah tinggal di Australia – Richard telah mencipta nama untuk dirinya di Indonesia, dan kini bersedia untuk mengambil langkah ke peringkat seterusnya dalam hidupnya.

Richard Kyle mengatakan, “Dipilih sebagai Bachelor dan menjadi sebahagian daripada The Bachelor Indonesia merupakan pengalaman yang benar-benar luar biasa. Saya telah bertemu dengan beberapa wanita yang hebat dan memberi inspirasi sepanjang perjalanan ini, dan saya tidak sabar untuk mencari cinta sejati saya – seseorang yang boleh saya pergi mengembara bersama.”

Dengan harapan untuk membina keluarga sendiri, Richard memulakan pencarian calon pasangan hidupnya dalam kalangan 19 peserta. Dalam 10 episod, Richard mengecilkan pilihannya di The Bachelor Indonesia melalui beberapa siri group dates, single dates, favourite time, cocktail parties dan rose ceremonies.

Dengan membawakan sesuatu yang istimewa daripada diri mereka masing-masing, 19 peserta yang cantik dan berbakat ini bersaing untuk mendapatkan cinta Richard dengan matlamat utamanya untuk mara ke pusingan pemilihan seterusnya sehingga ke rose ceremony yang terakhir di mana Richard menobatkan pilihan pasangan terbaiknya. Peserta termasuk Tiphaine kelahiran Perancis yang telah melawat lebih daripada 30 negara untuk tujuan amal; dan kawan baik Tiphaine, Amanda – anak kepada pemain bola sepak legenda Indonesia Cristian Gonzáles - dan seorang pemuzik baru yang masih berjuang untuk mencari keseimbangan antara persahabatan dan percintaan.

Memiliki pengalaman dalam industri keusahawanan dan hiburan yang sama seperti Richard, Ruth memulakan kerjayanya dalam kumpulan gadis "Soul Sisters" pada 2016 sebagai sebahagian daripada program pencarian bakat di Global TV (The Next Boy/Girl Band). Rakan model, Wilda – yang memenangi Miss Indonesia Tourism pada 2018 dan mengutamakan keluarga di atas segala-galanya – serta Sinta, Putri, dan Dwi, yang menampilkan pelbagai personaliti dan daya tarikan untuk menyerlah dari yang lain supaya mendapat peluang dating bersama Bachelor ini.

Dihoskan oleh pelakon pemenang anugerah di Indonesia, Oka Antara, siri ini diterbitkan oleh studio rancangan realiti terkenal, Fremantle Indonesia. Peminat akan menyaksikan sendiri bagaimana Richard dan para peserta pengalaman dating sekali seumur hidup di 49 destinasi eksotik dan romantis di pulau Bali, Indonesia, termasuk Nusa Penida, Air Terjun Suwat, Pura Puri Tresna dan Manta Bay. Daripada belayar hingga melihat pari manta, menikmati kereta vintaj, hingga menari tarian tradisional Bali, setiap pengalaman temu janji sengaja direka untuk memberi peluang kepada Richard dan peserta untuk mengeratkan hubungan mereka dan menjalin kedekatan yang unik.

Jangan ketinggalan dua episod pertama The Bachelor Indonesia, Jumaat, 10 Februari 2023, eksklusif hanya di HBO dan HBO GO. Dan nantikan episod baharu setiap hari Jumaat.

Tonton penstriman atau muat turun The Bachelor Indonesia di HBO GO mulai 10 Februari dengan melanggan dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau melalui aplikasi mudah alih di App Store ataupun Play Store serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – yang disertakan dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING