HILTON PETALING JAYA MEMPERSEMBAHKAN HIDANGAN ‘SPRING INTO ABUNDANCE’ TAHUN BAHARU CINA INI
Hilton Petaling Jaya dengan bangganya mempersembahkan hidangan ‘Spring into Abundance’ untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023. Toh Yuen, sebuah restoran Cina di Hilton Petaling Jaya yang terkenal menampilkan set hidangan enak dan mewah termasuk menu set ‘makan besar’ dan pilihan yee sang premium yang eksklusif.
PILIHAN YEE SANG
Antara pilihan Yee Sang yang menanti para tetamu di Toh Yuen adalah yee sang buah segar, ketam kulit lembut, kulit salmon dan salmon Norway. Set hidangan besar yee sang untuk 6-8 orang boleh didapati dengan harga RM 178 bersih.
Jamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan hidangan musim bunga istimewa yang dikurasi oleh Chef Kelvin. Antara hidangan yang wajib dicuba adalah Udang Harimau Segar dengan Sos Oren, Ayam Panggang dengan Badam dan Mentega, Sup Perut Ikan Rebus dengan Isi Ketam dan Kekapis Kering, Ikan Kerapu Harimau Kukus dalam Sos Superior, Ikan Tongkol Kukus dengan Cendawan Enoki dan Kicap, Pulut Kukus Daun Teratai dengan Kupang dan Telur Masin dan banyak lagi.
![]() |
Fatt Choy Empat Sekawan |
![]() |
Sup Perut Ikan Rebus dengan Isi Ketam dan Kekapis Kering |
![]() |
Udang Harimau Segar dengan Sos Oren |
SET MAKAN BESAR
Fortune Set
RM 2,188 nett untuk satu meja/ 10 orang
Prosperity Set
RM 2,388 nett untuk satu meja/ 10 orang
Longevity Set
RM 2,488 nett untuk satu meja/ 10 orang
Kempen Tahun Baru Cina ‘Spring Into Abundance’ akan bermula dari 26 Disember hingga 5 Februari 2023. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi +603 7955 9122, e-mel PETHI_FB@hilton.com atau layari www.eatdrinkhilton.com
Comments
Post a Comment