RASAI SENSASI HEBAT TAHUN BAHARU CINA DI ‘SENSES OF PROSPERITY’ INTERMARK MALL


Mulakan perjalanan 'Senses of Prosperity' di Intermark Mall pada Tahun Baharu Cina ini. Sehingga 5 Februari, para pengunjung ke Intermark Mall dijemput untuk merasai semangat musim perayaan yang telah disediakan untuk mengujakan pancaindera anda - Penglihatan, Bunyi, Rasa, Sentuhan dan Bau.


Jamu mata anda dengan menyaksikan hiasan dan pameran hasil kerja pereka fesyen terkenal antarabangsa Carven Ong. Pelbagai busana yang sesuai untuk Tahun Baharu Cina yang menggabungkan gaya moden dan unsur cheongsam tradisional Cina dipamerkan di ruang Ground Atrium.


Bagi melengkapkan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, anda boleh berkunjung ke pelbagai Gerai Senses di Ground Atrium. Serlahkan gaya Tahun Bahar Cina dengan fesyen dan barang kemas berinspirasikan Korea dari S.Stella, serta hiasan rumah, hadiah dan pewangi bilik daripada Living Circles Concept.


Jaya Grocer di aras bawah juga menawarkan pelbagai snek lazat, teh dan hamper yang sesuai untuk dijadikan hadiah di musim perayaan ini.


Saksikan persembahan tarian dan gendang yang mmpesonakan oleh pelajar berbakat dari Taylor's International School Kuala Lumpur dan Allegro Music and Art. Tidak ketinggalan, tarian wajib di Tahun Baharu Cina - tarian singa dan juga penampilan istimewa Maskot Arnab Kemakmuran - sesuai bakal disediakan untuk menghiburkan seisi keluarga anda!


Midori Studio akan mengadakan dua bengkel iaitu bengkel mencipta wangian artisanal khas Tahun Baru Cina dan juga Bengkel Seni Memotong Kertas Tradisonal Cina. Pendaftaran awal diperlukan untuk kedua-dua bengkel tersebut.


Dengan pembelian RM188 dan ke atas dalam satu resit, anda boleh menebus satu set Sampul Angpau Intermark Mall yang eksklusif. Mereka yang membelanjakan RM388 dan ke atas dalam satu resit juga boleh menebus Kantung Angpau eksklusif untuk meyimpan Sampul Angpau Intermark Mall. Dengan membuat perbelanjaan RM988 pula, pembeli boleh menebus Set berkembar Mini Vatiri Casserole (Round/ Oval). Sepuluh pembeli dengan perbelanjaan tertinggi akan menerima STAUB Pepper Cocotte bernilai RM299.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Senses of Prosperity’, lawati intermark-mall.com, atau semak kemas kini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM