ZUS COFFEE SEGARKAN TAHUN BAHARU DENGAN RANGKAIAN KOPI ‘ICED SHAKEN’ & MINUMAN 'PROSPEROUS ORANGES'
Orange Osmanthus Espresso (kiri) & Double Espresso (kanan). |
Bagi menyegarkan lagi Tahun Baharu 2023 dan juga Tahun Baharu Cina, ZUS Coffee telah melancarkan rangkaian minuman iced shaken (digoncang bersama ais) yang baharu. Diilhamkan daripada kopi shakerato Itali (gabungan espreso, ais dan sirap gula yang digoncang di dalam penggoncang koktel) dengan susu tambahan, rangkaian iced shaken ini disenaraikan di dalam menu ZUS Coffee bagi tahun baharu ini.
Minuman pertama yang diperkenalkan dalam rangkaian Ice Shaken ini adalah Iced Shaken Double Espresso (campuran sirap vanila, sirap karamel dan espresso segar, ditambah dengan susu segar), dan Iced Shaken Orange Osmanthus Espresso (espresso ais musim panas dengan rasa manis dan masam oren segar dan osmanthus).
Bagi meraikan Tahun Baharu Cina pula, ZUS Coffee memperkenalkan minuman berperisa oren untuk masa yang terhad – Prosperous Oranges!
Rangkaian ini termasuk Iced Shaken Orange Osmanthus Espresso baharu dan juga Orange Chocolate Frappe, Iced Orange Latte, Iced Orange Chocolate dan Hot Orange Chocolate.
Jom kita nikmati kesegaran rangkaian kopi Iced Shaken dan juga minuman Prosperous Oranges di 150 kedai ZUS Coffee atau hanya memesan melalui aplikasi ZUS Coffee.
Untuk maklumat lanjut tentang Kopi ZUS, inisiatifnya, dan promosi yang berterusan, sila layari: https://zuscoffee.com/
Comments
Post a Comment