DONNIE YEN BERAKSI SEBAGAI PELAKON, PENGARAH DAN PENERBIT FILEM BLOKBUSTER 'SAKRA'


Filem SAKRA dibawakan oleh Pemilik Hakcipta Wishart Interactive Entertainment Co.,Ltd. dan Pengedar Antarabangsa Mandarin Motion Pictures Limited, diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. 

Filem aksi wuxia blokbuster SAKRA mula ditayangkan di pawagam pada 16 Januari 2023 dengan tayangan awal telah pun bermula sejak 14 dan 15 Januari lalu. Imej Donnie Yen sebagai Ip Man "satu lawan sepuluh dalam pertarungan" meninggalkan kesan mendalam ke hati penonton, kini tugas baru lebih mencabar baginya untuk mengadaptasikan ‘THE DEMI-GODS AND SEMI-DEVILS’ ke layar perak. 

Donnie Yen telah mengambil tiga peranan sebagai Penerbit, Pengarah dan Pelakon utama. Dalam adaptasi cerita ini, Donnie Yen ingin membuat filem seni mempertahankan diri yang berjiwa kesatriaan. Dia berkata ‘Saya rasa watak Qiao Feng sangat menarik’. Bukan hanya hebat dalam seni mempertahankan diri malah mempunyai karakter diri yang mulia dan baik. Walaupun dihina dan ditindas, dia tetap tabah mengharunginya.’ 


Donnie Yen merasakan watak dan kisah Qiao Feng boleh dijadikan sebagai teladan, inspirasi dan dorongan kepada orang lain, ‘Tidak kira bagaimana dia mengalami tuduhan dan ketidakadilan, Qiao Feng masih menghadapinya dengan cekal.’ 

Senjata pilihan utama oleh Qiao Feng adalah ‘Tongkat Pemukul Anjing’. 

Dalam filem SAKRA, sebagai seorang watak utama seni mempertahankan diri, visi Donnie Yen tentang Qiao Feng adalah dia mestilah mahir dalam mengunakan pelbagai jenis senjata. 

Oleh itu, dalam filem SAKRA, anda dapat meilhat watak Qiao Feng, Donnie Yen banyak terlibat dalam penggunaan pelbagai jenis senjata. Satu gerakan seni mempertahankan diri Qiao Feng yang terkenal, ’18 Cakar Penunduk Naga’ pastinya akan dipamerkan dalam filem ini tetapi mengikut gaya Donnie Yen, ‘Dia mahukan watak Qiao Feng seorang yang realistik dan perkasa.’ 



Teruja untuk mencipta semula dan merevolusikan metaverse wuxia filem SAKRA ke layar perak, Donnie Yen memanggil sahabatnya untuk sama-sama menyertai projek filem SAKRA. Antaranya mereka adalah pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai, Cheung Siu Fai, Lui Leung Wai dan Tsui Siu Ming.

Sempena dengan tayangan filem SAKRA yang paling dinantikan, Bintang Antarabangsa Donnie Yen telah pun berada di Malaysia pada 13 dan 14 Januari lalu untuk meraikan awal Tahun Baru Cina bersama peminatnya di Malaysia disamping mempromosikan filem SAKRA dengan menghadiri ke acara Sidang Akhbar, acara Permaidani Merah di pawagam dan beberapa sessi pertemuan bersama peminat di pusat membeli- belah. 


Pada 13 Januari, Donnie Yen telah menghadiri Sidang Akhbar SAKRA untuk berkongsi bersama rakan media mengenai perjalanannya serta turut menceritakan pelbagai tugas peranannya sebagai Penerbit, Pengarah dan Pelakon Utama membawa SAKRA ke layar perak. 

Pada Sidang Akhbar, Donnie Yen bersama Penerbit Eksekutif Mr ZhuWeijie dari Wishart Interactive Entertainment Co. Ltd, Ms Alvina dari Mandarin Motion Pictures Limited dan Tan Sri R. Doraisingam Pillai, Mr Garuna Murthee dan Mr Kathiik Doraisingam dari Lotus Five Star selaku syarikat pengedaran filem di Malaysia melancarkan satu pelancaran ringkas di atas pentas. 

Curahan pasir untuk mendedahkan tajuk filem adalah menandakan permulaan perasmian sessi jelajah filem SAKRA dengan tayangannya bermula pada 16 Januari ini. Sessi Jelajah SAKRA berlangsung selama 2 hari dengan aktiviti yang begitu padat. 


Pada hari pertama, selepas acara Sidang Akhbar, Donnie Yen menuju ke pusat membeli-belah 1 Utama untuk sessi bertemu peminat disana. Sebaik tiba, dia diiringi dengan tarian singa menuju ke Oval Concourse di mana dia kemudiannya mendedahkan kuplet filem SAKRA yang disediakan khas bagi menyampaikan ucapan awal Tahun Baru Cina buat peminatnya di Malaysia. 

Selepas berkongsi dengan peminat mengenai filem SAKRA, peminat bertuah yang terpilih boleh menunjukkan secara langsung kepada Donnie Yen beberapa gerakan ’18 Cakar Penunduk Naga’ dan kepada penonton yang telah membeli tiket awal filem SAKRA, mereka berpeluang menyertai untuk bertemu Donnie Yen secara dekat dan bergambar bersamanya secara berkumpulan. 

Donnie Yen kemudiannya menyampaikan poster bingkai rasmi yang ditandatanganinya kepada wakil dari 1 Utama yang turut disertai oleh Penerbit Eksekutif Encik Zhu Weijie, Cik Alvina dan wakil dari Lotus Five Star, Tan Sri R. Doraisingam Pillai, Encik Garuna Murthee dan En Kathiik Doraisingam untuk satu sessi gambar berkumpulan. 

Pada 14 Januari 2023, hari kedua berlangsungnya sessi jelajah filem SAKRA, pengedar tempatan Lotus Five Star telah mengatur 4 acara dimana Donnie Yen membuat kemunculan pada sessi bertemu peminat bagi menunjukan betapa rindunya dia kepada para peminat di Malaysia dan yang paling penting, untuk membantu jualan kutipan box-office di Malaysia.


Jam 3 petang, Donnie Yen menghadiri sessi kedua bertemu peminat di IOI City Mall. Di sana, dia dijemput untuk memberi sentuhan membangunkan singa dan menyempurnakan upacara kebangkitan singa tradisional supaya menunjukkan lambang kehidupan yang makmur pada tahun akan datang. 

Untuk memulakan acara, persembahan Tarian Singa dimulakan dan membawa Donnie Yen menuju ke pentas sebelum Kuplet Tahun Baru Cina didedahkan bersama-sama Penerbit Eksekutif Encik Zhu Weijie dan wakil dari Lotus Five Star, Encik Garuna Murthee untuk sessi bergambar. Donnie Yen juga meluangkan masa berinteraksi bersama peminat termasuk tiga orang dari satu keluarga yang datang khas dari Bali semata-mata ingin berjumpa Donnie Yen . Kepada penonton terpilih yang telah membeli tiket awal, mereka berpeluang menerima barangan filem SAKRA dan bergambar bersama Donnie Yen secara berkumpulan.


Seterusnya, Donnie Yen membuat kemunculan di Pavilion Kuala Lumpur untuk sessi bertemu peminat yang terakhir di pusat membeli-belah. Sebaik tiba di pintu utama, Donnie Yen disambut oleh skrin LED gergasi yang memainkan sedutan filem SAKRA (yang baru dikeluarkan pada 2 hari lepas) dengan aluan mesej khas. Dia kemudiannya diiringi oleh Tarian Naga di atas permaidani merah sehingga ke ruang legar di pentas utama. 

Di pentas, Donnie Yen diberikan ‘Pearl of Wisdom’ di mana dia menunjukkan ke skrin untuk memulakan video filem SAKRA yang telah pun ditayangkan di 133 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei dengan tayangan awal telah pun bermula sejak 14 dan 15 Januari lalu. 


Selepas itu, Donnie Yen membuat kemunculan pada malam Tayangan Gala di pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur. Di atas pentas, Donnie Yen disajikan dengan persembahan seni unik dari En Dylan Ang (pengasas Bear Boss Buddies). Seni unik ini adalah koleksi istimewa filem masa lalu aksi Donnie Yen yang tidak dapat dilupakan termasuk filem terbaru SAKRA. 

Selepas itu, Donnie Yen bersama Penerbit Eksekutif Encik Zhu Weijie, wakil Mandarin Motion Pictures Limited, wakil dari Lotus Five Star dijemput ke atas pentas untuk acara mencurah champagne dengan harapan supaya filem SAKRA mendapat sambutan kutipan box-office.

Selepas tayangan Gala, Donnie Yen kemudiannya menuju ke perhentian terakhir di pawagam MBO Quayside, Kota Kemuning untuk menghadiri tayangan khas peminat filem SAKRA. Sebaik tiba, persembahan dram dipalukan bagi menandakan kedatangan Donnie Yen menuju ke atas pentas. Semasa di pentas, dia berbesar hati menyampaikan sendiri hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna khas filem SAKRA yang dijalankan sebelum ini. 


Selepas itu, Donnie Yen bersama wakil dari Lotus Five Star dan wakil dari Quayside/Gamuda menggaul dan melambung ‘yee sang’ di atas pentas sebagai tanda ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong filem SAKRA dengan ucapan semoga Tahun Baru Cina 2023 akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua sekalian.

Filem SAKRA diterbitkan dan diarahkan oleh Donnie Yen dan diedarkan oleh Lotus Five Star kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!