AJL 37: DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI DALAM ALUNAN MUZIK MALAYSIA

Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

(Photo credit to NSTP) 

‘Dimensi Muzik”, tema Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3.

AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital.

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular ini. Ia juga menjadi satu tarikan besar kerana ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan Musa selepas beliau bercuti panjang.

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang. 37

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari.

Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.


Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi.

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37:

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

SENGSARA

KHAI BAHAR

JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K

JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K

MAINAN

NAIM DANIEL

FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA

ARISZ AB RAHMAN

ANUGERAH TERINDAH

ALIF SATAR & THE LOCOS

ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS

ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO

NANG

IMAN TROYE

EZRA KONG & A.RAMLE

EZRA KONG & A.RAMLE

PAYUNG PELANGI

NOKI & MK

NOKI & MK

NOKI & MK

SATU MALAM DI TEMASEK

SONAONE & JOE FLIZZOW

SONAONE

SONAONE & JOE FLIZZOW

KEMBALI TERANG

MARSHA MILAN

SENNA & AJIN

SENNA

BAHAGIAKAN DIA

LIZA HANIM & SHILA AMZAH

ALIFF ISKANDAR

ALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ

KORBAN

ERNIE ZAKRI

ERNIE ZAKRI

ERNIE ZAKRI

DEBU

DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI

MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM

MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM

IRAMA

SHIHA ZIKIR

IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES

IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES

TERUS HIDUP

AINA ABDUL

AINA ABDUL

AINA ABDUL


Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA