KITKAT LANCAR KEMPEN "SHARE THE LOVE, SHARE THE GOLDEN BREAK" SEMPENA TAHUN BAHARU CINA


Perayaan Tahun Baru Cina semakin dekat dan inilah masanya untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat handai yang tersayang. Nestlé KitKat® telah melancarkan kempen perayaan “Share The Love, Share The Golden Break”, dengan pelbagai produk seperti Limited-Edition KitKat® Gold serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti jongkong-jongkong emas KitKat® yang berjumlah RM350,000.

Tahun Arnab merupakan tahun yang sangat bertuah di dalam kebudayaan Cina kerana mereka yang dilahirkan di tahun arnab dikenali sebagai seorang yang ceria, periang dan suka dikelilingi kenalan ramai. Ciri-ciri sedemikian adalah selari dengan semangat Tahun Baru Cina serta slogan terkenal KitKat®, “Have a break, Have a KitKat®” yang membangkitkan detik-detik manis bersama keluarga dan sahabat handai di musim perayaan ini.


Selaras dengan kempen perayaan Tahun Baru Cina, Limited-Edition KitKat® Gold adalah konfeksi unik yang terdiri dari kombinasi wafer rangup disaluti coklat susu bersama perisa karamel yang enak. KitKat® Gold dibungkus di dalam bungkusan emas dan merah bersama motif perayaan, sesuai untuk dijadikan ole-ole yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan taulan.

Rangkaian produk konfeksi KitKat® untuk Tahun Baru Cina kali ini terdiri daripada pelbagai bungkusan yang menarik, terutama sekali konfeksi KitKat® Bunny CNY Gifting Tin yang amat popular di kalangan pembeli. Gifting tin ini mengandungi konfeksi coklat yang menyerupai arnab comel yang diisi kepingan wafer rangup KitKat®. Bungkusan ‘Cele-break Pack’ pula mengandungi pelbagai konfeksi KitKat® yang disukai ramai dan pek KitKat® Minis 9g pula ditawarkan bersama beg KitKat® yang bertemakan Tahun Baru Cina.

Sempena kempen “Share The Love, Share The Golden Break” ini, KitKat® telah melancarkan jerayawara selama 5 hari di Sunway Pyramid. Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik dan interaktif di jerayawara tersebut di LG2 Central Avenue serta menikmati juadah terkini KitKat® dan menyertai peraduan KitKat® “Win Gold”.


Peraduan KitKat® “Win Gold” berlansung selama 8 minggu dari sekarang sehingga 20 Februari 2023. Peraduan hebat ini menawarkan hadiah-hadiah lumayan berjumlah lebih daripada RM350,000 termasuk 8 unit hadiah utama yang merupakan jongkong emas KitKat® 4-Finger dan 8 unit jongkong emas KitKat® 2-Finger. Hadiah-hadiah terdiri daripada:
  • 1x hadiah mingguan utama: Jongkong emas KitKat® 4-Finger Gold Bars bernilai RM16,500.
  • 1x hadiah mingguan pertama: Jongkong emas KitKat® 2-Finger Gold Bar bernilai RM8,500.
  • 3x hadiah mingguan istimewa: Wang tunai berjumlah RM888.
  • 88x hadiah mingguan: Wang tunai berjumlah RM188.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!