REPLIKA ARNAB TERBESAR DI MALAYSIA UNTUK MERAIKAN TAHUN BAHARU CINA DI SURIA KLCC


Bermula dari 2 Januari sehingga 5 Februari, Suria KLCC diserikan dengan hiasan mega yang bakal membawa para pengunjung untuk merasai pengalaman berada di kawasan bersejarah negara China untuk kempen sambutan Tahun Baharu Cina. 


Untuk Tahun Arnab kali ini, Suria KLCC mengambil kesempatan untuk memaparkan Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas seperti yang diiktiraf oleh “Malaysia Book of Records 2023”. Replika mega yang tersergam indah ini akan di paparkan di KLCC Esplanade. 


“Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinasikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan para pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik di pusat beli belah kami sepanjang tempoh sambutan perayaan. 


“Dengan dekorasi yang diinspirasikan dari kawasan bersejarah seperti “Pingle”, “Dali” dan juga “Lijian”, “Centre Court” Suria KLCC akan berubah menjadi seperti bandar purba di Negara China” ucap Andrew Brien, Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 

Dekorasi yang berkonsepkan zaman lalu ini akan membawakan hiasan menara pintu gerbang tradisi masyarakat cina sebagai hiasan tengah yang akan dikelilingi oleh struktur replika bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni-bina yang lazim dalam masyarakat Cina. 


Para pengunjung yang sedang bersiap siaga untuk menyambut sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan sambutan yang mana, dekorasi bandar bersejarah itu juga digandingkan dengan bazar yang menyediakan pelbagai barangan. Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama elemen tradisi masyarakat Cina seperti beca dan juga tanglung merah yang bakal menghiasi seluruh kawasan dekorasi bagi mencetuskan suasana yang meriah. 

Dekorasi prop gambar yang membawa tema sambutan juga akan dihiasi di “Ramlee Mall”. Para pengunjung boleh merakam detik indah bersama yang tersayang dengan bergambar di ruang “photobooth” yang akan mengedarkan cetakan foto fizikal dan foto dalam talian secara percuma. 


Selain dari hiasan bandar bersejarah masyarakat China, pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di “Wishing Tree”. 

Bagi mengimarahkan musim perayaan ini, sumbangan kewangan yang dilakukan di “Wishing Tree” akan didermakan kepada rakan NGO Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental. Dekorasi sungai interaktif yang akan dipenuhi dengan ikan koi maya akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyampaikan hajat. 

Di sini, para pengunjung akan melalui pengalaman untuk membalingkan syiling maya melalui skrin tablet ke dalam sungai tersebut. Bukan sahaja dekorasi zaman silam yang menjadi lambang kemeriahan sambutan di Suria KLCC, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan Tarian Singa di “Centre Court” pada 7, 14, 21, 22 dan 23 Januari pada jam 2 petang sementara persembahan Akrobatik Tarian Singa akan diadakan di “Esplanade” pada 8, 10, 15, 22 dan 23 Januari pada jam 5 petang. 


Sempena Kempen Tahun Baharu Cina, Suria KLCC akan melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers). Selaras dengan rancangan untuk memperkenalkan “e-Voucher” dan juga pelancaran ganjaran perayaan, para pembeli yang berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari berpeluang untuk menerima SKLCC eVouchers yang bernilai RM100 dan juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC. 

Selain daripada itu, 200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Vouchers tambahan yang bernilai RM100. 

“Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli-balah untuk sambutan tahun baru anda di Suria KLCC, pihak kami menjemput para pelanggan untuk rebut promosi pengenalan ini,” tambah Brien.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.suriaklcc.com.my atau ikuti www.facebook.com/SuriaKLCCMall


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!