MARI BERNOSTALGIA DENGAN ‘MOMENTS OF KERISPATIH WITH SAMMY SIMORANGKIR’ PADA 24 FEBRUARI 2023


Untaian lagu selalu memberi momen tersendiri kepada setiap penggemar. Begitu juga ‘tugas’ yang harus dipastikan oleh barisan pemuzik di dunia. Maka tidak hairan apabila salah satu kugiran Indonesia, Kerispatih yang ditubuhkan pada 2003 silam masih belum mampu menghilangkan jejak dan momen tersendiri dalam kalangan peminat mereka.

Enggan momen manis yang pernah merebak dalam relung hati peminat terhapus, tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live dengan bangga membawa kugiran tersebut ke Malaysia.

Tidak hanya Kerispatih, tiga penganjur ini berjaya menyatukan kugiran ini dengan mantan vokalis mereka, Sammy Simorangkir. Sebuah momen yang dinanti-nanti!

Lantas konsert yang dijadual berlangsung pada 24 Februari ini diberi judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir di Zepp Kuala Lumpur. Konsert penangkap dan pemberi momen ini akan dijalankan dalam durasi 2 jam dan minimum 20 buah lagu bakal dipersembahkan.

Mendengarkan kolaborasi ini, tentu ia memberi kegembiraan kepada peminat mereka. Vokal merdu dan menusuk kalbu Sammy bersama gabungan mantap para pemuzik Kerispatih, dijamin, akan banyak nostalgia terbit sepanjang konsert berlangsung.

Penganjur konsert ini iaitu 4ward diwakili oleh Nashrul Nasir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif melihat kesempatan dan kolaborasi menganjurkan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir dengan produksi dari Indonesia sebagai permulaan menuju lebih banyak kerjasama lebih besar pada masa depan.

“Pertamanya, sebagai penganjur tempatan kami berbangga kerana dapat membawa Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang sudah mencetak nama serta pengaruh kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sini.

“Kedua, tentunya menerusi kolaborasi bersama dua penganjur lain konsert yang dijadual berlangsung 24 Februari ini bersifat mega.

“Mega dari segi pemuziknya iaitu Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang sudah membawa pulang pelbagai anugerah, mega dari segi lokasi konsert, mega dari segi sistem bunyi dan mega dengan sambutan peminat kelak.

“Dan di masa depan, 4ward akan membawa lebih banyak persembahan bertaraf mega untuk penggemar di Malaysia,” kata Nashrul.

Sementara itu, penganjur bersama, Tiger Wong Entertainment melahirkan rasa sangat berbesar hati membawakan Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kepada peminat di Malaysia.

“Mengapa konsert ini diberi judul Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir adalah kerana kami percaya setiap penggemar mereka mempunyai momen atau nostalgia tersendiri dengan lagu lagu mereka.

“Kami mahu konsert ini kelak menjadi momen yang istimewa bukan sahaja buat Kerispatih dan Sammy Simorangkir yang sudah kangen (rindu) bertemu peminat yang sudah terus setia mendukung perjuangan muzik mereka, tetapi juga buat penggemar yang dahagakan persembahan mereka secara langsung.

“Besar harapan kami konsert ini kelak sukses diselenggara dan mencapai objektif iaitu membayar kerinduan dan membangkit nostalgia lampau sekaligus mengukir momen baharu buat semua,” ujar Baim Wong mewakili Tiger Wong Entertainment yang kini muncul sebagai penganjur konsert.

Sudah terbayang dan bergumam di bibir peminat tembang tembang hit mereka seperti Mengenangmu dan Tapi Bukan Aku yang cukup berhantu lebih sedekad lalu.

Itu belum lagi melihat senarai lagu lagu lain dalam lima album studio mereka bermula dari Kejujuran Hati sehingga Melekat Di Jiwa yang dilahirkan pada 2012.

Sedar peminat amat menantikan hit hit tersebut disampaikan secara langsung, Kerispatih dan Sammy sendiri sudah tidak sabar untuk datang menghiburkan peminat di Malaysia.

Sudah giat melakukan persiapan, mereka mahu Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir benar benar menjadi konsert yang Tidak Akan Lekang Oleh Waktu.

“Jujurnya, kami sudah lama menanti kesempatan untuk kembali menyapa penggemar di Malaysia. Kangenlah pasti, apalagi penggemar di Malaysia adalah antara pendukung terbesar kami.

“Mengambil semangat judul konsert ini, kami sangat ingin berbagi nostalgia dan momen terbaik kepada semua. Akan ada belasan lagu yang dipersembahkan nanti.

“Ia pasti akan menjadi pertemuan perdana di tahun 2023 yang manis untuk dikenang dan diharap akan membuka lebih banyak pintu kami beraksi di sini pada masa akan datang,” ujar Kerispatih.

Berjanji tidak akan meninggalkan tembang hit seperti Untuk Pertama Kali, Bila Rasaku ini Rasamu dan Aku Harus Jujur, Kerispatih juga ingin menjadikan single terbaharu mereka, Pernah Terluka yang dirilis tahun ini sebagai satu lagu senjata berbahaya yang akan terus melekat dalam hati peminat.

Tiket tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir mula dijual pada harga RM255 (Cat 1- Festival : free standing), RM355 (Cat 2: VIP upper deck-premium seat), RM305 (Cat 3- VIP upper deck- normal seat) dan RM4,800 (VIP box).

Para peminat boleh mendapatkan tiket mulai 13 Januari ini bermula jam 5 petang. Segala informasi terkini boleh didapatkan di laman sosial Instagram : @momentsof.music.

Para pembeli VIP Box ( maksimum 8 orang per box) akan berkesempatan untuk sesi Meet and Greet serta disediakan malam malam secara buffet. Pembeli VIP Box juga akan menerima official lanyard, minuman percuma serta laluan VIP ke bilik masing-masing.

Semua pembelian tiket boleh dilakukan melalui atas talian di laman sesawang https://momentsofkerispatih.com/ .

Kerispatih pertama kali mencipta nama dan meledak lewat debut berjudul Kejujuran Hati pada 2005.

Album kedua mereka, Kenyataan Perasaan menerima Platinum Awards pada tahun 2007, meneruskan kecemerlangan album perdana.

Namun seperti sudah menjadi asam garam kugiran, Kerispatih ikut dilanda badai apabila berpisah dengan vokalisnya, Sammy Simorangkir. Mereka kemudian kehilangan pemain bass, Andika pada 10 April 2018, yang meninggal dunia akibat diabetes.

Meski demikian, Kerispatih tidak akan berundur. Bersama vokalis Fandy, pengasas mereka, Anton (drum) dan Arief memastikan nama Kerispatih akan terus terpahat subur dalam sanubari peminat.

Sebuah momen yang pastinya tidak harus dilepaskan oleh para pencinta Kerispatih. Gabungan semula Kerispatih dan Sammy Simorangkir dan pastinya momen gabungan vokal Sammy Simorangkir dan Fandy Santoso!

INFO konsert

Konsert : Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Tarikh : 24 Februari 2023, Jumaat
Lokasi : Zepp Kuala Lumpur
Masa : 8.30 malam
Penganjur : 4ward, Tiger Wong Entertainment, MHT Live
Harga tiket : RM255 (Cat 1- Festival : free standing), RM355 (Cat 2: VIP upper deck-premium seat), RM305 (Cat 3- VIP upper deck- normal seat) dan RM4,800 (VIP box).


Comments

Popular posts from this blog

‘HAL HEBAT’ - PADUAN HEBAT DUA NEGARA OLEH ERNIE ZAKRI BERSAMA GOVINDA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?