'TAMAN MUSIM BUNGA PUITIS' MEKAR DI KWAI CHAI HONG SEMPENA TAHUN BAHARU CINA


Musim bunga menandakan permulaan baru dalam budaya masyarakat Cina yang lazimnya digambarkan oleh bebunga yang berkembang mekar. Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Kwai Chai Hong mempersembahkan keunikan dan kemeriahan pameran kaligrafi tradisional Cina yang lebih berani, tidak konvensional serta memaparkan bentuk bebunga dan dedaunan yang bersaiz besar di celah-celah jalan yang penuh bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur. 


Bertemakan “Poetic Spring Garden” (Taman Musim Bunga Puitis), Kwai Chai Hong dengan kerjasama artis tempatan, Jaemy C, yang terkenal dengan karya-karya mengimaginasikan semula kaligrafi Cina menerusi olahan kerja seni dan visual yang hidup dan lebih eksotik. 


Diinspirasikan oleh tahun Arnab Air, Jaemy mempersembahkan karya seni bertajuk "Wet Hot Spring Thing” yang penuh mesej tersirat untuk ditafsirkan oleh para pengunjung. 

Zeen Chang, Rakan Kongsi Pengurusan Bai Chuan berkata: “Kwai Chai Hong sentiasa menjadi pemangkin kepada usaha mengekalkan nilai kebudayaan di samping meraikan kemodenan. 


Sempena Tahun Baharu Cina ini, kami ingin mendefinisikan semula status quo dalam aspek kebudayaan dan kesenian, sekali gus memecahkan sempadan yang memisahkan antara yang baru dengan yang lama. Menyedari bahawa generasi muda lebih mudah tertarik dengan idea menelusuri semula warisan dan tradisi, konsep Poetic Spring Garden dan seni kaligrafi berus oleh Jaemy menyasarkan usaha memperkenalkan tradisi tersebut melalui bahasa universal seperti seni visual. 


Pameran tersebut menceritakan kisah tradisi dan warisan, di mana unsur-unsur tradisional seperti pameran Kaligrafi Cina tidak akan pudar dengan peredaran zaman. Kita boleh berjalan seiringan dengan arus pemodenan tanpa perlu mengorbankan tradisi dengan mewujudkan titik persamaan antara masa silam dengan masa hadapan. Perkara inilah yang sentiasa diterapkan dalam DNA Kwai Chai Hong.” 


Jaemy C, seorang artis, berkata: “Saya berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan Kwai Chai Hong kerana kami sama-sama berkeyakinan dengan usaha pemuliharaan budaya yang telah wujud sejak sekian lama dan mempunyai nilai yang tersendiri. Pameran ini merupakan manisfestasi kepada identiti kami yang unik, menyerlah, berani dan tidak bersifat konvensional. Selain itu, pameran ini juga berhasrat agar dapat berinteraksi secara meluas dengan khalayak yang berbeza dari segi budaya dan bahasa serta turut berkongsi penghayatan yang sama terhadap bentuk seni masyarakat Cina dan simbol perayaannya.” 


Pameran Poetic Spring Garden ditaja dengan bangganya oleh Yes 5G. Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication, berkata: “Sebagai perintis dalam teknologi 5G, Yes memahami sepenuhnya bagaimana teknologi boleh membuka pintu kepada pelbagai kemungkinan. Kami merupakan rangkaian mudah alih pertama yang melancarkan 5G pada bulan Disember 2021, dan kini, kami menampilkan penglibatan pertama dalam seni dan budaya melalaui kerjasama bersama Kwai Chai Hong. Yes '5G untuk Semua' terus menjadi misi kami. Maka, dalam mencerminkan tema Poetic Spring Garden, kami berhasrat menjadikan Yes 5G lebih mudah diakses kepada komuniti perniagaan dan rakyat Malaysia yang merangkumi jalan kecil warisan di Kwai Chai Hong. Di sini, kami menjadikan teknologi lebih inklusif dengan ‘Alami 5G – Tanpa had kelajuan. Tanpa had data.’, sekali gus membawa kesalinghubungan 5G terus kepada para pengguna, secara percuma.” 


Kwai Chai Hong akan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 12 tengah malam. Pameran seni Poetic Spring Garden akan berlangsung dari 6 Januari hingga 12 Februari 2023. 

Jemput datang ke Kwai Chai Homg untuk meraikan Tahun Baharu Cina bersama insan tersayang dan jangan lupa untuk mencuba 10 tempat makan menarik yang terdapat di sekitar kawasan ini! Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari Facebook, Instagram Kwai Chai Hong atau laman sesawang www.kwaichaihong.com

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO