GUARDIAN ‘MELOMPAT KE ARAH KEMAKMURAN’ DENGAN WAJAH BARU & PROMOSI TAHUN BAHARU CINA


Guardian Malaysia telah membuka tirai tahun baharu dengan promosi hebat Tahun Baru Cina ‘Leap Into Prosperity’ bagi menyambut tahun baru Arnab. Turut bersempena dengan tahun baharu, Guardian memperkenalkan stornya yang kini berwajah baharu.


Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Asia Tenggara berkata:

“Pada tahun baharu ini, Guardian memperbaharui komitmennya kepada pelanggan iaitu kami ingin membantu pelanggan kami memiliki kehidupan yang sihat dan indah, setiap hari. Janji yang berterusan kepada pelanggan kami ini termasuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unggul kepada mereka, dan itulah sebabnya kami memperkenalkan stor Guardian yang berwajah baharu serba moden ini. Stor ini menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam pasaran, pada nilai terbaik untuk semua pelanggan kami.”


“Penampilan baharu stor kami mewakili pendekatan baharu dalam reka bentuk kedai dan visual dalam kedai. Ia menyerlahkan tenaga aktif yang padu dan daya hidup warna oren Guardian kami.”

“Konsep reka bentuk baharu dan fleksibel ini membolehkan ia digunapakai di stor-stor kami bergantung kepada lokasi dan saiz lantai mereka. Gelombang warna baharu dan visual aktif menarik perhatian pelanggan kami dan penggunaan material yang lebih mesra dan lembut memberikan tenaga vitaliti yang kami inginkan.”


“Penggunaan lampu hiasan baharu dan skrin LED membolehkan kami menyesuaikan stor mengikut keperluan pelanggan dengan lebih langsung.”

“Sehubungan itu, saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami akan memperkenalkan produk dan jenama baharu untuk Penjagaan Diri, Kosmetik oleh lilybred, Barenbliss, dan Beauty of Majesty, produk Penjagaan Kulit oleh Evoluderm dan Boost Lab, produk Penjagaan Kesihatan oleh Organicule, Toujours Advanced Kids dan Bio-Grow. Dan untuk produk Jenama Sendiri Guardian, kami mempunyai lebih daripada 12 produk baharu.”

“Buat masa ini, reka bentuk baharu ini telah dilancarkan di tiga buah stor kami iaitu di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Aeon Metro Prima Kepong dan Jalan Cecawi, Kota Damansara. Mereka mewakili tiga jenis stor yang berbeza dan transformasi untuk stor yang lain akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang.”


Mengambil peluang untuk mengumumkan tawaran Tahun Baru Cina Guardian iaitu promosi ‘Leap Into Prosperity’, Soren menambah:

“Bagi menyambut Tahun Arnab, promosi ‘Leap into Prosperity’ kami menjanjikan koleksi tawaran istimewa yang menawarkan nilai hebat untuk pelanggan kami. Selain itu, terdapat pelbagai hadiah eksklusif yang boleh didapati dengan pembelian anda. Jadi jangan tunggu lama-lama kerana hadiah eksklusif ini pasti cepat habis.”


Promosi ‘Leap into Prosperity’ Guardian membolehkan pelanggan Guardian berjimat sehingga 50% untuk produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, terdapat tawaran hadiah eksklusif menarik khas untuk pelanggan Guardian seperti:

Jimat 50% untuk set peralatan Makan Malam Seramik 3 keping Disney Tsum Tsum dengan pembelian minimum RM20 termasuk SATU jenama yang mengambil bahagian atau RM50 dalam satu resit

PERCUMA bagasi mini bergaya dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk kecantikan termasuk penjagaan kulit, penjagaan kulit dermo, kosmetik, aksesori kecantikan dan wangian daripada jenama yang mengambil bahagian.

PERCUMA Mangkuk Tingkat dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk Penjagaan Diri daripada jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit

PERCUMA Essential Diffuser dengan pembelian RM128 dan ke atas daripada rangkaian produk Penjagaan Kesihatan daripada mana-mana jenama yang mengambil Bahagian dalam satu resit

“Pada tahun baru ini, Guardian kekal komited untuk menawarkan produk terbaik pada nilai terbaik untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggannya.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan semua barangan kesihatan dan kecantikan anda sama ada dari kedai dalam talian, menerusi Aplikasi Guardian atau stor fizikal kami, dengan jenama eksklusif hanya di Guardian agar anda kelihatan sihat bertenaga di Tahun Baru Cina ini,” jelas Soren mengakhiri.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!