KEDAI KONSEP SENI FASET BERLIAN, DIAMOND DOTZ KINI DIBUKA DI PAVILION BUKIT JALIL


Penggemar Diamond Dotz, jenama seni faset berlian yang diasaskan di Australia kini boleh mendapatkan bahan-bahan kraf seni ini di kedai konsep fizikalnya yang pertama di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil. Sebagai pengedar rasmi Diamond Dotz yang sah di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dotzmania menawarkan lebih daripada 400 set kit seni faset berlian yang semakin popular di Malaysia.


Dalam proses seni faset berlian, atau juga dikenali sebagai lukisan berlian, biji permata resin yang halus ditampalkan satu per satu mengikut warna yang ditetapkan ke atas fabrik yang telah disaluti oleh bahan pelekat. Hasilnya adalah lukisan ala mozek yang cantik dan berkilauan. Ia digemari ramai kerana seni ini memerlukan ketelitian, kesabaran dan boleh menjadi satu aktiviti yang memberi ketenangan dan kepuasan,


Diamond Dotz menggunakan teknologi cetakan berteknologi tinggi yang telah dipatenkan untuk menghasilkan seni faset berlian yang kalis calar, tidak luntur dan bukan toksik. Faset Diamond Dotz adalah unik dan berkesan untuk memantulkan cahaya daripada 13 permukaan berbeza di dalam setiap butiran permata resin. Hasilnya adalah satu karya yang berkilauan dan menakjubkan.


“Semasa pandemik Covid-19, industri seni dan kraf tempatan merupakan salah satu sektor yang terjejas dengan teruk akibat kemerosotan ekonomi. Dalam proses pemulihan, lebih ramai orang telah mula menyedari faedah dan kepentingan seni dan kraf ke atas kesejahteraan mental seseorang individu. Kami berharap pembukaan kedai konsep ini akan dapat menarik lebih ramai peminat seni kraftangan untuk mendapat manfaat daripada hobi yang menceriakan ini,” kata Lisa Lee, Pengasas Dotzmania.


Kunjungilah Kedai Konsep Diamond Dotz di Lot P4.27.00 (Berhadapan Daiso) Aras 4, Pavilion Bukit Jalil, No.2 Persiaran Jalil 8, Bukit Jalil 5700 Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI