NESPRESSO MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN KOLEKSI EDISI TERHAD ANGEL CHEN


Nespresso berganding bahu dengan pereka fesyen Angel Chen untuk mempromosikan koleksi edisi terhad Tahun Baru Cina bagi memeriahkan perayaan tahun arnab. Menyampaikan koleksi terkini, Nespresso menggalak penggemar kopi bertemu dengan rakan dan taulan sambil menikmati secangkir kopi berkualiti menjelang tahun baru.


Menyuntik dengan gaya istimewa Angel yang menerap pendekatan gaya warna eksklusif dalam fesyen serta gabungan paparan estetik Timur dan Barat, NESPRESSO x ANGEL CHEN memaparkan ciri kesepaduan rekaan tampal motif arnab – interpretasi kreatif dan ceria terhadap haiwan ini yang sering dikaitkan dengan simbol anggun, bijak serta lambang permulaan yang baharu. Diperbuat daripada bahan sulam tangan dan renda koleksi Angel Chen serta beg jut Nespresso yang dikitar semula, rekaan tampal cantum ini menarik dan pragmatik dalam memberikan wajah baru sambil menjadi lambang kepada sahabat dan taulan berkumpul merai detik istimewa tahun ini. Bahan kitar semula ini akan dipamerkan di Nespresso Boutique di The Gardens Mall sempena musim perayaan ini.



Koleksi NESPRESSO x ANGEL CHEN membolehkan para penggemar kopi memeriah lagi suasana perayaan dengan pelbagai pilihan hadiah termasuk kopi berkualiti, mesin dan aksesori edisi rekaan terhad Tahun Baru Cina. Barang-barang yang dipaparkan Kesemua barangan dalam koleksi eksklusif ini dikeluarkan berdasarkan idea cenderahati untuk dikongsi bersama sahabat dan taulan.

“Kami teruja kerana dapat menerokai idea baru, dan tahun ini kami ingin merai warisan kekayaan, tradisi turun-temurun dan masa berhimpun dengan sahabat handai dan sanak saudara sempena Tahun Baru Cina. Apatah lagi dengan ilham seni rekaan Angel Chen yang mantap, bergaya dan berdaya kreatif. Kami berganding idea bagi melangkau sempadan kreativiti dan memberi penuh makna serta pentafsiran moden kepada perayaan tahun arnab ini buat semua penggemar kopi”, jelas Melanie Brinbaum, Ketua Pegawai Jenama Nespresso.


Kata Angel Chen, “Kolaborasi ini adalah kerjasama amat paling istimewa dan kreatif bagi untuk saya. Disebabkan tema rekaan berkisar tahun arnab, maka saya membuat banyak penyelidikan kajian mengenai bahan dan kaedah cara tampal cantum atau patchwork. Ilham cipta juga terbit daripada lawatan ke butik Nespresso di mana saya dapati betapa cantiknya rekacipta berasas kapsul kopi kitar semula. Seronok punya kebebasan mengolah cipta guna warna, cetak dan fabrik, serta mengadun rekaan tampal dan cantum bertema arnab. Inspirasi juga terbina setelah melihat bagaimana bahan kitar semula boleh digunakan.”

Menyambut permulaan lebih bermakna dengan ciptaan baharu

Diilhamkan daripada musim perayaan serta menggabungkan bahan-bahan kegemaran Angel Chen seperti limau bali, maka terciptalah dua resipi perisa istimewa khusus bagi memenuhi citarasa berbeza penggemar kopi. Sama ada sebagai penutup jamuan makan bersama dengan keluarga atau minuman petang bersama teman, resepi-resipi ini pasti dapat menjadikan perayaan Tahun Baru Cina kali ini lebih seronok lagi bermakna. 

Nikmati hirupan berperisa kerangupan lemak kacang The Peanut Mocha – diperbuat daripada Nespresso Master Origins Nicaragua, susu, sirap coklat, mentega kacang dan kacang pistachio. Kacang dan pistachio adalah snek popular ketika perayaan tahun baru dan selalunya dikaitkan dengan nasib yang baik dan kebahagiaan. Jamulah tetamu secangkir kopi berkrim yang enak dihidang dengan seni ceria 3D latte arnab untuk menyerlah kemahiran barista anda – dengan bantuan Aeroccino 3.


Nikmati kemewahan Sweet Reunion, minuman yang dicipta untuk merai saat manis dan gembira ketika berhimpun dengan orang tersayang. Berlandaskan World Explorations Shanghai Lungo, jus epal, jem madu limau bali dan hirisan epal diadun bagi memberi kesegaran buahan dalam minuman. Sebutan limau bali dalam bahasa Cina mirip bermakna ‘berkat’ manakala bentuk bulat buahnya melambang ‘keluarga berhimpun’. Bagi kepercayaan orang Cina limau bali dikaitkan dengan ‘berkat rumahtangga’. Penggunaan limau bali adalah saranan Angel Chen kerana ia ramuan buah kegemaran beliau.

Idea cenderahati bertuah berupa kopi, mesin dan aksesori edisi terhad

Koleksi NESPRESSO x ANGEL CHEN menyaji menawarkan keluaran eksklusif coffee sleeve, dihidang dalam pek pelbagai 5-pilihan, sudah tentu keluaran mekar klasik sepanjang masa Nespresso – Ispirazione Arpeggio, Ispirazione Napoli , Ispirazione Venezia​, Master Origins Nicaragua​ dan World Explorations Shanghai Lungo​. Pek CNY 5-sleeve (50 kapsul) ini dijual dengan harga RM124.50.

Kini merupakan masa yang paling sesuai untuk memperbaharui dan menambah koleksi mesin kopi sewaktu Tahun Baru Cina. Nespresso menawar penjimatan lebih 30% bagi pembelian mesin kopi pilihan bagi setiap belian kapsul sebanyak 5 sleeve (50 kapsul) kopi Nespresso, dan pelanggan berhak menerima set eksklusif Paket Merah Nespresso.

  • Essenza Mini berharga RM438
  • Essenza Mini Bundle berharga RM638
  • Pixie berharga RM638
  • Pixie Bundle berharga RM838
  • Lattissima One berharga RM1,138
  • Lattissima Touch berharga RM1,338

Bagi penggemar kopi yang membeli 15 sleeve (150 kapsul) kopi Nespresso, anda boleh bawa pulang hadiah percuma khas beg uncang kain kapas (cotton pouch) Angel Chen, dua set Paket Merah Nespresso dan Klub Kredit Nespresso bernilai RM38. Beg uncang kain kapas buatan eksklusif ini dipadankan dengan hasil patchwork motif arnab rekaan Angel Chen, diperbuat daripada bahan kitar semula yang mampan dan berkualiti.

Sementara itu, mug Kembara NESPRESSO x ANGEL CHEN edisi terhad berwarna merah raya turut ditawarkan di semua butik pada RM129. Dalam menyambut musim perayaan, pelanggan boleh membawa pulang CNY 5-sleeve pilihan dan mug Kembara NESPRESSO x ANGEL CHEN edisi terhad dengan harga pakej CNY istimewa RM238. Selain itu, pelanggan boleh menikmati penjimatan 20% pada semua rangkaian koleksi VIEW.

Penggemar kopi boleh memulakan era baru bersama Nespresso dengan mendapatkan edisi terhad ini di butik terpilih di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park dan Publika, Mont Kiara dan Gurney Plaza, Pulau Pinang; serta melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman web rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan menerusi Customer Careline di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 sehingga 22:00, bebas tol).



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!