IKEA LUCKY TRUCK BAKAL MENYEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN ANDA TAHUN ARNAB INI


Tanglung merah, bunga api, dan tarian singa bakal kembali memeriahkan suasana tidak lama lagi! Tahun Baru Cina sememangnya mempunyai tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Sambutan ini melambangkan satu lembaran baharu setelah kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yang lalu. Selain itu, ia turut sinonim dengan adat seperti membersihkan dan menghias rumah untuk menyambut permulaan baharu.


Selari dengan semangat bergerak ke hadapan ke tahun baharu, IKEA bakal membawakan penyelesaian rumahnya kepada para pelanggan IKEA menerusi IKEA Lucky Truck. Kenderaan yang berwarna merah dan berbentuk arnab itu akan mengembara ke beberapa bandar di seluruh Malaysia mulai hari ini hingga 15 Januari 2023, sambil menawarkan inspirasi hiasan rumah serta pelbagai hadiah untuk dimenangi.


Menerusi kempen ini, para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengalami penyelesaian kelengkapan rumah IKEA di ruang terbuka serta menyaksikan koleksi Tahun Baru Cina FÖSSTA IKEA buat kali pertama, tetapi juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti interaktif yang menyeronokkan di setiap perhentian.

JADUAL IKEA LUCKY TRUCK 2023
  • IKEA Damansara | 4 Januari
  • Aeon Kinta City, Ipoh | 6 Januari
  • IKEA Batu Kawan | 7 Januari
  • Hin Bus Depot, Pulau Pinang | 8 Januari
  • IKEA Cheras | 11 Januari
  • IKEA Tebrau | 13 Januari
  • Aeon Kulai, Johor | 14 Januari
  • Dataran Pahlawan, Melaka | 15 Januari
“IKEA Lucky Truck adalah cara kami menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka. Dengan membawa kepakaran kelengkapan rumah dan penyelesaian kehidupan di rumah kami ke beberapa bandar di seluruh negara, kami berharap dapat mendekati lebih ramai rakyat Malaysia, bahkan di tempat yang tiada gedung IKEA. Inilah cara yang terbaik bagi menyambut tahun baru, dan kami amat teruja untuk berkongsi aktiviti-aktiviti lain yang bakal kami tawarkan untuk 2023,” kata Malcolm Pruys, Pengurus Runcit Negara, IKEA Malaysia.

Sebarkan lebih tuah dan ‘ong’ di setiap perhentian!

Pelbagai aktiviti menyeronokkan dan hadiah bakal menanti anda di IKEA Lucky Truck, daripada sampul angpau edisi terhad sehinggalah inspirasi hiasan rumah bagi musim perayaan ini.


Dapatkan inspirasi untuk musim perayaan ini: Ingin menceriakan rumah anda untuk menyambut tahun baru? Alamailah hiasan dalaman Tahun Baru Cina kami di ruang terbuka, dan dapatkan inspirasi dan tip untuk menambah baik hiasan rumah anda sempena musim perayaan ini.


Siapa cepat dia dapat (Hop on Early): Jadilah 288 ahli IKEA Family pertama yang mengunjungi IKEA Lucky Truck untuk mendapatkan sampul angpau edisi terhad yang dihasilkan oleh komuniti wanita tempatan daripada tekstil IKEA yang tidak digunakan, selari dengan komitmen berterusan kami untuk mencipta impak positif melalui kehidupan yang lestari.

Bukan ahli IKEA Family? Jangan bimbang! Daftar secara percuma di IKEA Lucky Truck membawa pulang satu hadiah misteri!

Spot the truck, catch the luck: Jangan lupa sertai peraduan media sosial kami! Muat naik foto diri anda bersama hiasan dalaman Tahun Baru Cina di IKEA Lucky Truck di Instagram, tag @ikeamalaysia dengan tanda pagar #MYIKEALuckyTruck. 28 penyertaan paling kreatif akan berpeluang memenangi hadiah bertuah.


Belanja & Menang: Peroleh satu peluang di mesin gashapon (di lokasi-lokasi gedung IKEA) atau roda berputar (di lokasi lain) dengan sebarang pembelian produk IKEA semasa roadshow ini. Anda akan berpeluang membawa pulang hadiah istimewa – terhad kepada 1 peluang bertuah setiap resit bagi setiap pelanggan.


Imbas dan beli-belah dari mana jua: Idamkan sesuatu produk? Jangan risau, IKEA akan turut membawakan pengalaman membeli-belah kelengkapan rumah kepada anda. Dengan “Scan & Shop”, anda cuma perlu mencari produk IKEA pilihan anda dan mengimbas kod QR untuk membuat pembelian. Alaminya apabila anda melawat IKEA Lucky Truck.

Nikmati kedamaian Tahun Baru Cina ini dengan koleksi FÖSSTA baharu

Ceriakan rumah anda musim perayaan ini dengan koleksi Tahun Baru Cina IKEA, FÖSSTA. Koleksi ini menyatukan ciri tradisional dan kontemporari dengan sempurna, serta menampilkan reka bentuk timbul dan cetakan yang menarik bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan anda. Hiaskan ruang tamu dan ruang makan anda dengan koleksi FÖSSTA yang terdiri daripada sarung kusyen, peralatan makan, hiasan dan sebagainya. Koleksi ini akan dipamerkan di IKEA Lucky Truck sempena musim perayaan ini.


Di samping itu, IKEA turut memperkenalkan rangkaian makanan baharu yang berilhamkan musim perayaan. Kunjungilah Bistro Sweden IKEA, Restoran Sweden IKEA atau Kedai Khas Makanan Sweden untuk menikmati hidangan manis dan berperisa seperti nasi daun teratai, kek oren coklat arnab putih, daging kering ayam barbeku, dan sebagainya.


Untuk manyambut Tahun Baru Cina dengan lebih istimewa bersama IKEA, layari IKEA.my/CNY untuk maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut tentang IKEA Lucky Truck, layari IKEA.my/LuckyTruck.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO