PRETTY UGLY BAKAL TAMPILKAN 21 LAGU SEMPENA KONSERT ULANG TAHUN KE-21


Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun menunggu, sudah sampai masanya untuk Pretty Ugly membuat persembahan konsert solo mereka. Konsert dianjurkan oleh CD Bagasi Music. 

Setelah banyak band dari dalam dan luar negara sudah beraksi di pentas, giliran Pretty Ugly pula akan mengadakan konsertnya pada 25 Februari 2023 bertempat di The Paddock PJ, Kelana Jaya bermula jam 8 malam. 

Acara julung-julung kali ini adalah untuk meraikan ulangtahun ke 21 Pretty Ugly berada di dalam industri muzik. Selain dari itu, ia juga sebagai hadiah terindah buat peminat setia setelah sekian lama menyokong muzik Pretty Ugly. 

Konsert Solo pertama Pretty Ugly akan turut menampilkan 2 kumpulan yang boleh dikatakan baru dalam industri muzik iaitu Late Night Frequency dan juga Banyakbunyikrepublik. Kedua-dua band ini dipilih sendiri oleh Pretty Ugly kerana minat pada konsep muzik yang mereka bawa. 

Bagi meraikan ulangtahun ke 21 Pretty Ugly, sebanyak 21 lagu akan dipersembahkan pada malam itu nanti. 

Yang menarik, satu segmen tribute khas untuk Allahyarhamah Siti Sarah akan dipersembahakan di mana lagu ciptaan Neves untuk Allahyarhamah yang pernah menjadi lagu hit radio iaitu ‘Jangan Kau Mimpi’ akan diberikan versi Pretty Ugly pada malam itu. Neves pernah terlibat sebagai penerbit dan pencipta lagu di dalam 3 album pertama Siti Sarah. 

Tiket konsert sudah mula dijual sejak 16 Disember 2022 yang lalu di http://prettyugly.ubertickets.asia Harga adalah seperti berikut:- Early Bird- RM90 Normal-RM110 Walk In RM150 (Semua tiket di atas - free standing) Meet & greet - RM190 (Tempat duduk khas & kudapan disediakan)

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!