BERSEDIALAH UNTUK MENYAMBUT TAHUN ARNAB DENGAN 'JOYFUL REUNION' DI PAVILION BUKIT JALIL

Raikan kehadiran Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil. Bertemakan ‘Joyful Reunion’, kempen Tahun Baharu Cina Pavilion Bukit Jalil sedang berlangsung sekarang hingga 6 Februari 2023 dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik.


Pavilion Bukit Jalil turut menampilkan watak-watak Looney Tunes sepert Bugs Bunny dan Tweety Bird dari studio Warner Bros bagi menyemarakkan lagi keceriaan di musim perayaan ini. 


Para pengunjung berpelaung untuk mememui watak-watak kartun kesayangan Bugs Bunny dan Tweety Bird  pada 7, 15, 21, 22, 28 dan 29 Januari serta pada 1 Februari pada pukul 12 tengah hari, 3 petang dan 7 malam di Centre Court.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan yang mempesonakan seperti Persembahan dan Perbarisan Arnab Kesejahteraan pada 5, 8, 14 Januari dan 4 dan 5 Februari jam 4 petang; Persembahan Tarian Singa dan kemunculan Dewa Kekayaan pada tarikh terpilih dari 7 Januari hingga 5 Februari pada jam 2 petang. 


Pavilion Bukit Jalil juga akan mengadakan persembahan dan aktiviti tambahan sepanjang kempen, termasuk:
  • Persembahan muzik CNY oleh Joy in Music
  • Persembahan Tarian Arnab oleh Swan Lake Dance Academy
  • MOVIEKids CNY FASHION

Kunjungilah Sonic Park CNY Fun Fair Carnival, yang berlangsung dari 6 Januari hingga 12 Februari di PIAZZA, Aras 3 dan cubalah tarikan yang menyeronokkan seperti Blossom Tree, Pendulum, Double Track Crazy Plane, Mini Tower, Super Swing Car Menunggang, dan banyak lagi!


Bagi melengkapkan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, jangan ketinggalan untuk membeli-belah di bazar Tahun Baharu Cina yang menawarkan pelbagai hiasan perayaan bertemakan arnab untuk rumah anda, hamper hadiah, snek lazat dan juadah perayaan istimewa. 


Mulai sekarang sehingga 6 Februari 2023, anda boleh mengumpul set lengkap barangan eksklusif Looney Tunes di Pavilion Bukit Jalil! Beli dan tebus hadiah perayaan edisi terhad seperti:
  • Paket Ang Pau Looney Tunes - dengan perbelanjaan minimum RM100 (RM80 untuk Pemegang Kad UOB)
  • Buku Nota Looney Tunes A5 - dengan perbelanjaan minimum RM200 (RM150 untuk Pemegang Kad UOB)
  • Beg Tote Looney Tunes - dengan perbelanjaan minimum RM300 (RM250 untuk Pemegang Kad UOB)
  • Looney Tunes Thermos Flask - dengan perbelanjaan minimum RM500 (RM400 untuk Pemegang Kad UOB)


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Joyful Reunion’ Pavilion Bukit Jalil, lawati www.pavilion-bukitjalil.com, atau semak kemas kini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA