ALAMILAH KEINDAHAN TAHUN BAHARU CINA 'SEASONS OF SPLENDOR' DI AVENUE K


Sambutlah permulaan baharu yang bergaya Tahun Baharu Cina ini bersama Avenue K Shopping Mall dari 30 Disember 2022 sehingga 5 Februari 2023. Bertemakan, Seasons of Splendor, Avenue K telah dihiasi indah dengan kuntuman bunga-bungaan berwarna cerah menandakan ketibaan musim bunga yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina.

Pelbagai aktiviti dan promosi telah disediakan istimewa untuk semua pengunjung ke Avenue K. Antara aktiviti menarik yang tidak harus dilepaskan adalah persembahan melodi Cina klasik, penampilan maskot Dewa Kekayaan, Tarian Seribu Tangan, Tarian Kipas Bulu, Tarian Dinasti Qing, dan Tarian Singa Tradisional.


Mari rasai kemanisan Gula Janggut Naga dan Gula-gula Tang Hu Lu yang diberikan percuma kepada semua yang membeli-belah di Avenue K. Dengan pembelian RM488 (RM388 bagi ahli kad The Neighbor) ke atas dalam dua resit, anda boleh menebus satu Set Teh Porcelain Avenue K dan Sampul Angpau eksklusif sementara stok masih ada.


Sampul angpau Avenue K eksklusif bolh ditebus dengan membuat pembelian RM188 dan ke atas (RM138 untuk Ahli Kad The Neighbors) dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama. Anda juga boleh dapatkan khidmat membungkus hadiah percuma dengan perbelanjaan minimum RM108 dalam satu resit pada hari yang sama.

Keahlian mempunyai keistimewaannya. Ahli Kad The Neighbor yang membelanjakan RM488 dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama berhak untuk menebus Beg Tote Avenue K yang boleh ditambahkan sentuhan peribadi dengan perkhidmatan cap nama percuma yang disediakan oleh Customind.


Sementara itu, pemegang Kad Pelancong boleh menebus Avenue K Universal Adapter dengan perbelanjaan minimum RM338 dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama.

Hantarkan foto/video yang memaparkan cara terbaik anda menyambut Tahun Baharu Cina di tahun 2023 dan rebut ppeluang memenangi Hadiah Utama penginapan hotel 2H/1M @ de King Boutique Hotel KLCC dan D'Zen Japanese Restaurant set baucar makan untuk dua orang, Hadiah Pertama Baucar Tunai RM300 AK atau hadiah kedua Wang Tunai RM200 AKBaucar dalam Peraduan Foto/Video Facebook My CNY Preparation.


Dapatkan diskaun RM5 (sah untuk 1,000 perjalanan pertama) dengan AirAsia Ride apabila anda menaip kod promosi AVENUEKRIDE. Anda juga boleh menikmati tempat letak kereta PERCUMA pada hari Ahad dan cuti umum atau dua jam pertama pada semua hari lain dengan perbelanjaan maksimum RM208 dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.

Di Tahun Baharu Cina, Avenue K tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Tahun ini, Avenue K membawa keceriaan perayaan kepada kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald dengan hidangan dan acara sambutan yang menyeronokkan.



Avenue K memberi ganjaran kepada pengunjung dengan pembelian tertinggi dengan hadiah menarik termasuk Hadiah Utama kamera Leica bernilai RM6,000 dan beg bagasi premium untuk pemenang Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga.

Jom ke Avenue K untuk membuat persiapan Tahun Baharu Cina dan nikmatilah pelbagai aktiviti dan promosi yang disediakan untuk menyambut permulaan baharu yang penuh harapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.avenuek.com.my/ dan ikuti https://www.facebook.com/AvenueKMY/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM