DENGARKAN PALUAN GENDANG TAHUN BAHARU CINA ‘BEATS OF PROPERITY’ DI DA MEN USJ


Dengarkan paluan gendang yang bergema untuk menyambut Tahun Arnab di di Da Men USJ. Bertemakan 'Beats of Prosperity', para pengunjung ke Da Men USJ bakal disajikan dengan persembahan gendang berirama dan persembahan tarian singa akrobatik. Dengan kerjasama dengan VR Drumming Academy, Da Men USJ dihiasi dengan lebih 300 buah gendang oriental, kepala singa, bunga-bungaan dan tanglung dari sekarang sehingga 15 Februari.


Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan tarian singa akrobatik pada setiap hujung minggu pada jam 2 petang. Persembahan gendang akan menghiburkan anda setiap hari Ahad, pada jam 2.30 petang.

Acara kemuncak kempen Tahun Baharu Cina adalah Pertunjukan Drum Beats of Prosperity yang melibatkan 300 orang peserta dari VR Drumming Academy pada 14 dan 15 Januari. Para pengunjung dari semua peringkat umur dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara gendang besar tersebut!


Sertai aktiviti 'Doodle In A Mall' yang dianjurkan dengan kerjasama INTI College Subang Jaya pada 14 Januari dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Lengkapkan persediaan untuk menyambut musim perayaan di Pasar Tahun Baharu Cina Prosperity setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk mendapatkan hamper, hadiah, hiasan dan makanan ringan.

Tebus sampul Angpau Tahun Baharu Cina edisi mewah dengan setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah. Dengan membelanjakan RM288 di seluruh pusat beli-belah (RM388 untuk Jaya Grocer) dalam dua resit gabungan, anda berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dalam Cabutan Kemakmuran seperti tuala mandi mewah, Blok Nano Tarian Singa edisi terhad, pelbagai bekas makanan dan baucar tunai.


Pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dengan nilai terkumpul RM20,000 dengan menjamu selera di Da Men USJ! Untuk menyertai Cabutan Bertuah Eat & Win , pengunjung hanya perlu membuat perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di kedai F&B. Pelbagai hadiah menarik seperti penginapan di Pavilion Hotel’s Suites dan bufet makan untuk dua orang di The Courtyard, Pavilion Hotel disediakan untuk para pemenang.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti 'Beats of Prosperity', layari damen-mall.com atau dapatkan kemas kini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM