ALAMILAH KEMERIAHAN TAHUN ARNAB DI RESORTS WORLD GENTING


Sempena Tahun Arnab dalam kalendar lunar Cina, Resorts World Genting (RWG) telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baharu Cina dengan pelbagai aktiviti dan tarikan dari 11 Januari hingga 5 Februari 2023! 

Kemakmuran bunga-bunga mekar

Tempat-tempat ikonik RWG - Kimhua Atrium, Gohtong Jaya Baru, Skytropolis, Central Park dan Madison Square telah dihiasi dengan tanglung merah tradisional, lampu kelip-kelip dan pohon-pohon bunga sakura, menjadikannya latar belakang yang terbaik untuk berfoto. Bergambarlah dengan moonbunny yang comel di Kimhua Atrium dan pokok emas setinggi 9 meterdi Dataran Madison.

Bersiar-siar di RWG sambil menikmati suasana tahun baru bersalji

Saksikan perarakan bertemakan arnab di Gohtong Walk, laluan perayaan yang menarik sepanjang 1.28km yang akan membawa anda ke lapan tempat ikonik dari SkyAvenue Gateway ke SkySymphony, Gohtong Jaya Baru, Skytropolis, Kimhua Atrium, Arena of Stars, Madison Square dan Central Park.

Singgahlah di Central Park dan alamilah suasana Tahun Baharu Cina yang bersalji seolah-olah di Beijing. Saksikan keindahan "salji" yang turun dari atas bumbung  dan jangan lupa untuk merakamkan detik yang indah di sini!


Pasar bunga

Sediakan persiapan menyambut Thaun Baharu Cina dengan membeli-belah di Pasar Bunga Tahun Baharu Cina tahunan RWG 2023 di Hab Pengangkutan bersebelahan dengan Hotel Crockfords. Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, sehingga 18 Januari. bazar berwarna-warni ini menawarkan pelbagai jenis bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang dikatakan membawa tuah bagi masyarakat Cina. Pelbagai jenis makanan wajib Tahun Baharu Cina seperti oren mandarin manis, tiram kering, abalon, sarang burung, bak kwa, pelbagai jenis biskut, gula-gula dan kacang, dan bakul hadiah boleh didapati di sini.

Dapatkan biskut PERCUMA (terhad kepada 30 pelanggan pertama setiap hari tanpa pembelian minimum di sini! Pembeli dengan pembelian minimum RM300 dan ke atas layak menerima cabutan bertuah, kaligrafi PERCUMA atau pek angpow premium PERCUMA. Mereka yang membuat pembelian minimum RM200 dalam satu resit akan menerima setin abalon atau pek hadiah oren Mandarin pada harga RM1.00 sahaja! Barangan promosi ini diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan hanya sementara stok masih ada!


Menjamu selera dengan meriah

Jamu selera bersama rakan-rakan sekerja dengan set menu istimewa Tahun Baharu Cina di restoran-restoran seperti Genting Palace yang terletak di Highlands Hotel and Restoran Seasons yang terletak di Genting Grand dari sekarang hingga 5 Februari 2023.

Cubalah set makan malam Genting Garden Hotpot dan bufet makan tengah hari dan makan malam perayaan di The Food Factory. Pelbagai makanan ringan turut disediakan di Taman Tema Genting SkyWorlds. Antara yang perlu dicuba adalah Burger Huat Vila Festa (RM20), Mini Yee Sang Shake Buck’s Café (RM18) dan Monk Jump Over the Wall Soup (RM32) EXO.


Hiburan bertaraf dunia di Arena of Stars

Saksikan kehebatan Tarian Singa Akrobatik dan juga persembahan gendang Cina yang mengasyikkan di sini.


Bertemu dengan Highland Heroes Genting dan MoonBunny

Abadikan kenangan istimewa di RWG dengan bergambar bersama Highland Heroes yang bakal membuat penampilkan istimewa di Skytropolis dari 11 Januari 2023 hingga 5 Februari 2023, setiap hari Rabu hingga Ahad.

Anda juga boleh menebus paket angpau Tahun Baharu Cina Highland Heroes Genting edisi terhad dengan pembelian RM200 dan ke atas dalam satu resit di Taman Tema Tertutup Skytropolis, Sky VR, Taman Permainan Video BigTop, Taman Permainan Video Vision City dan Awana SkyWay; atau pembelian RM98 dan ke atas dari mana-mana kiosk barangan atau gerai foto di Taman Tema Tertutup Skytropolis. Penebusan bermula dari 11 Januari 2023 di kaunter tiket sementara stok masih ada. 

Watak MoonBunny juga akan membuat penampilan di Atrium Kimhua bersama Highland Heroes Genting pada hari Rabu hingga Ahad dari 11 Januari 2023 dan seterusnya.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi barangan MoonBunny termasuk  kemeja-t, hoodie, patung dan kusyen berbentuk kiub, rantai kunci, set poskad dan pelekat, beg tote dan kit cat batik DIY yang tersedia mulai sekarang sehingga Februari 2023.


Kemasukan ke semua tarikan Tahun Baharu Cina adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com atau ikuti https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN