NIKMAT LIMPAHAN KEMAKMURAN ‘ABUNDANCE OF PROSPERITY’ DI PAVILION KUALA LUMPUR

 

Pavilion Kuala Lumpur, destinasi beli-belah utama Malaysia, mempersembahkan sambutan Tahun Baharu Cina ‘Abundace of Prosperity’ (Limpahan Kemakmuran) untuk membawa lebih banyak tuah dan kemakmuran untuk semua pengunjung pada Tahun Baharu Cina ini dan juga sempena sambutan Ulang Tahun ke-15 Pavilion KL. Pusat beli-belah ini telah memulakan perayaan sepanjang tahun untuk menyemarakkan semula keterujaan membeli-belah, menjamu selera dan beriadah di Pavilion KL.

Mulai sekarang sehingga 5 Februari, Centre Court Pavilion KL telah dihiasi indah menjadi taman oriental yang menakjubkan dengan arnab keemasan, bunga-bungaan meriah, dan ratusan tanglung merah. Paling menarik perhatian – sepasang Arnab Kemakmuran Pavilion setinggi 20 kaki mengalu-alukan kedatangan anda ke Pavilion KL.


Bagi melengkapkan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, jangan ketinggalan untuk membeli-belah di bazar ‘Abundance of Prosperity’ yang menawarkan pelbagai hiasan perayaan bertemakan arnab untuk rumah anda, hamper hadiah, snek lazat dan juadah perayaan istimewa. Singgahlah ke butik BOSS untuk mendapatkan koleksi BOSS X Looney Tunes, VTMT - label fesyen pakaian jalanan yang baru dibuka dan Les Néréides Paris untuk mendapatkan barang kemas bercorak bunga bagi menyerlahkan penampilan anda di Tahun Baharu Cina.

Lepaskan penat semasa membeli-belah dengan berkunjung ke RasaNya untuk menikmati hidangan steamboat yang lazat atau ayam panggang di Oppadak, dan hilangkan dahaga anda dengan teh susu di OJA atau minuman tanpa tenusu daripada Nuttea & Caffike.

Jangan lupa untuk berkunjung ke Pasar Artisan Shogatsu di Tokyo Street (Aras 6) untuk mendapatkan hamper Tahun Baharu Cina dan barangan perhiasan unik untuk dijadikan sebagai hadiah pada musim perayaan ini.


Saksikan kehebatan Persembahan Tarian Singa Akrobatik ‘Leap of Prosperity’ di Centre Court di setiap hujung minggu dan cuti umum pada pukul 1.30 tengah hari, serta Persembahan Tarian dan Walkout Arnab Prosperity setiap hujung minggu dan cuti umum pada pukul 2 petang.

Selepas persembahan tarian, bersantai seketika untuk menantikan kehadiran Dewa Kekayaan pada pukul 3 petang. Temui ahli silap mata yang memakai pakaian Tahun Baharu Cina di setiap hujung minggu dan cuti umum yang mana para pengunjung pasti akan dikejutkan dengan gula-gula, fortune cookies, coklat dan juga baucar membeli-belah! Selain itu, para pengunjung juga boleh menyaksikan Persembahan Gendang 'Classical New Beginnings' yang rancak yang dipersembahkan oleh Taylor's College pada 15, 29 Januari dan 5 Februari pada jam 5 petang.



Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih, pembeli akan menerima Paket Angpau Pavilion KL eksklusif secara percuma. Dengan perbelanjaan RM800, pembeli boleh menebus dua pas filem Dadi Cinema Pavilion KL. Pemegang kad Maybank boleh menebus Cherry Blossoms Pyrex 2.4L Mixing Bowl percuma dengan perbelanjaan RM1,000, Cherry Blossoms Pyrex 2L Casserole Berpenutup percuma dengan pembelian minimum RM2,000 dalam satu resit atau Peket Syiling Emas Tulen TSL Rabbit percuma dengan pembelian minimum RM5,000 dalam satu resit. Lapan pengunjung yang yang membuat perbelanjaan tertinggi akan menerima Kalung Berlian Emas TSL 12 Treasures 18K bernilai RM4,690!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Abundance of Prosperity’, lawati pavilion-kl.com atau semak kemas kini masa nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!