ANCHOR FOOD PROFESSIONALS ANJUR BENGKEL KULINARI UNTUK KANAK-KANAK KEBAJIKAN MENERUSI KEMPEN #NIUYOUNEWFORTUNE


Mengendong azam permulaan baharu dan sebuah harapan yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams akan menganjurkan sebuah bengkel kulinari untuk kanak-kanak yayasan tersebut yang berusia 14 hingga 17 tahun bagi melengkapi, menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini.

“Pembelajaran tidak semestinya mengambil tempat di bilik darjah sahaja – dan sempena Tahun Baharu Cina ini, kami ingin menjemput tuah dan peluang-peluang baharu dengan cara kami sendiri menerusi kempen #NiuYouNewFortune. Kami berharap kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya mereka pada masa akan datang. Yang pasti, bengkel ini dirumus khas untuk membawakan pengisian yang sarat dengan ilmu dan keseronokan bagi kanak-kanak ini,” sebut Peter Quah, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Anchor Food Professionals, Malaysia.

Sebagai sebuah jenama yang menilai kepentingan pelaburan dalam individu, Anchor Food Professionals ingin membantu membangunkan kemahiran yang dapat mencorak sebuah kerjaya yang bermakna bagi kanak-kanak ini pada masa akan datang. Adalah penting bagi jenama ini untuk memastikan perkhidmatannya mencerminkan impak yang positif buat warga komuniti yang terhubung dengan mereka, sama ada melalui produk makanan mereka ataupun pelbagai aktiviti yang mereka jalankan.


“Kami percaya bahawa kami memiliki tanggungjawab untuk melengkapi warga komuniti dengan ilmu dan kemahiran pemakanan yang baik bagi membantu mereka memajukan diri dari suatu segi. Selain membekalkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran kulinari, mereka juga akan diajar tentang kepentingan pemakanan menerusi pilihan makanan mereka. Kami berharap menerusi aktiviti ini, kami bukan sahaja dapat menerapkan ilmu pengetahuan yang berharga tapi juga amalan pemakanan yang lebih baik dalam diri kanak-kanak ini,” tambah Quah.

Pendidikan dan pengetahuan menjadi semakin penting dewasa ini. Justeru, Anchor Food Professionals berharap menerusi aktiviti seperti ini, mereka dapat melahirkan sebuah generasi pakar industri makanan yang pada satu hari nanti dapat menjulang prinsip jenama ini yang berpaksikan pemakanan dan juga kesejahteraan.

Bengkel tersebut, yang akan dijalankan dari Januari hingga April 2023 akan meliputi sesi dekorasi biskut, membuat pastri dan makanan panas seperti pasta dan sup, jadi mereka dapat mempelajari pelbagai teknik masakan di bawah penyeliaan cef-cef profesional. Setelah kanak-kanak ini selesai menjalani bengkel tersebut, mereka akan menerima sijil penyertaan bagi mengiktiraf penglibatan mereka dalam program khas ini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.