“SPECIAL FORCE: ANARCHY” BAKAL DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI DISNEY+ HOTSTAR MULAI 14 JANUARI


Mulakan keterujaan tahun baru dengan Special Force: Anarchy - siri Original Malaysia yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari. Siri Original tujuh episod ini mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

Special Force: Anarchy turut dibintangi oleh penyanyi, komposer dan artis legenda Dato’ M. Nasir sebagai Umar, yang merupakan dalang di sebalik rompakan Bank Tenggara serta ketua kumpulan Anarki.

Drama bersiri ini turut membariskan bintang-bintang tersohor seperti Hasnul Rahmat, Alvin Wong, Johan As'ari serta Fify Azmi (pemenang anugerah ‘Pelakon Harapan Wanita Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia ke-31), Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, dan Steve Yap.

Special Force: Anarchy diarahkan oleh Syafiq Yusof, pemenang anugerah ‘Pengarah Harapan Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia 2012 serta anugerah ‘Pengarah Filem Terbaik’ pada 2017 oleh PROFIMA (Pekerja Filem Profesional Malaysia), di bawah terbitan Skop Productions.

Strim Special Force: Anarchy secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari.

Hashtag: #DisneyPlusHotStarMY #SpecialForceAnarchy

Comments

Popular posts from this blog

‘HAL HEBAT’ - PADUAN HEBAT DUA NEGARA OLEH ERNIE ZAKRI BERSAMA GOVINDA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?