MÖBIUS: PERINTIS PERUBAHAN PERBANKAN ERA BAHARU

Silverlake Axis Ltd (SAL), sebuah syarikat solusi sistem asas perbankan (core banking) universal yang membekalkan perkhidmatan kepada 40% bank-bank utama lapisan 1 dan lapisan 2 di negara-negara ASEAN, telah mengumumkan pelancaran MÖBIUS, sebuah platform perbankan terbuka berasaskan internet (cloud-native). Dilancarkan di Kongres Perkhidmatan Kewangan Asian ke-16 (AFS) pada bulan Ogos 2020, sesi Möbius dan perbincangan lanjut mengenainya telah dihadiri oleh 550 institusi kewangan unik dan lebih daripada 2000 syarikat perniagaan, teknologi dan para pegawai eksekutif operasi dari 17 negara. 

MÖBIUS adalah Platform Perbankan Terbuka (Open Banking Platform) ciptaan Silverlake yang menggabungkan teknologi digital bersemuka pelanggan yang pernah memenangi anugerah, dengan kemampuan untuk memproses sistem asas perbankan yang terbukti untuk melahirkan satu platform perbankan komersial yang berciri digital sebenar, bersepadu dan terbuka (open end-to-end). 

MÖBIUS adalah produk perintis daripada sebuah Pembekal Sistem Asas Perbankan (Core Banking Vendor) yang menggabungkan kemampuan digital bersemuka pelanggan untuk mencipta sebuah platform aplikasi end-to-end yang bersepadu dan terbuka untuk kegunaan bank-bank komersial. 

Kejayaan Silverlake Axis adalah ia membolehkan para pengusaha industri untuk membawa sistem asas perbankan mereka ke dalam platform Möbius, dan mengintegrasikan semua operasi mereka di dalam sebuah platform utama. 

Industri perbankan, seperti industri-industri yang lain telah mengalami, memahami dan mempersiapsiagakan kemampuan industri dalam menghadapi perubahan dramatik dunia operasinya. Dalam perbincangan ucaptama di Kongres AFS - Choo Soo Ching, Pengarah Urusan Silverlake Digital Economy dan Cyrus Daruwala, Pengarah Urusan IDC Financial Insights bersetuju bahawa bank-bank di Asia akan menghadapi dunia baharu ini dengan membuat dua perancangan yang agresif bagi pasaran sasaran; 

1) Menjana pendapatan baharu dengan mencipta eko-sistem yang saling berhubungan, membuat keuntungan melalui data dan menjadikan perbankan (dan bekerja dengan bank) suatu pengalaman yang ‘berbeza’ sama sekali. 

2) Mempercepatkan kemampuan digital dengan mencipta sebuah bank yang dinamik, tangkas dan saling berhubungan, dan seterusnya yang bersedia untuk menghadapi kejutan-kejutan sistemik global yang bakal melanda. 

Ketidakpastian dalam normal baharu memberikan impak kepada kepantasan dan sasaran transformasi digital dan menguji kesempurnaan dan fleksibiliti platform-platform digital sistem asas perbankan. 

Pelancaran MÖBIUS adalah tepat pada waktunya kerana MÖBIUS membawakan kepakaran perbankan Silverlake dalam teknologi-teknologi moden berasaskan internet (cloud-native) dan juga Sumber Terbuka (Open Source). MÖBIUS membolehkan institusi perbankan untuk menggabungkan perkhidmatan pelanggan piawaian industri melalui kotak MÖBIUS; perkhidmatan inovatif yang boleh dikonfigurasikan, perkhidmatan ‘tanpa-code’ yang boleh diubahsuaikan mengikut keperluan pengguna, perkhidmatan ekosistem dan perkhidmatan disruptif yang dibina di dalam sokongan MÖBIUS untuk pengembangan DEVOPS. Semuanya dibekaskan (containerised) dan dioptimumkan untuk infrastruktur awan (cloud) bank yang dipilih, sama ada umum, persendirian atau hibrid.

Mr. Andrew Tan, Pengarah Urusan Kumpulan Silverlake Axis

Sebuah kajian menyeluruh yang diterajui oleh IDC ke atas lebih daripada 100 bank di rantau ini telah memberikan gambaran bahawa perubahan ini memerlukan tindakan segera. Dalam ucaptama di Kongres AFS, Mr. Andrew Tan, Pengarah Urusan Kumpulan Silverlake Axis telah memaklumkan bahawa sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi bank-bank untuk menilai secara strategik dan mengubah sistem asas perbankan mereka yang sedia ada kepada sistem yang lebih tangkas, saling berhubungan dan bersedia untuk masa hadapan. 

“Bank-bank memaklumkan kepada kami yang mereka telah menimbang semula model perniagaan mereka dan bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi kekal relevan pada masa sekarang, di mana ekonomi dan industri telah dibuka kembali” kata Andrew. 

“Sebagai ‘rakan niaga’ yang berpengalaman dan mempunyai platform yang teruji dan terbukti, implantasi pengetahuan adalah penting bagi tahap transformasi ini” tambah beliau. 

Maklumat lanjut tentang Silverlake Axis boleh didapati di www.silverlakeaxis.com atau melalui LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/silverlake-axis-ltd

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES