OPPO LANCAR EDISI KHAS RENO4 X CHRISTY NG DAN PESTLE & MORTAR

 


OPPO Malaysia melancarkan edisi baharu bagi telefon pintar Reno4 Pro dengan warna Galactic Blue! Turut menjadi tumpuan adalah kolaborasi eksklusif bersama jenama fesyen tempatan yang terkenal iaitu Christy Ng and Pestle & Mortar Clothing.

Reno4 Pro Galactic Blue menampilkan warna yang unik yang dihasilkan dengan ‘Reno Glow’ yang memberikannya kemasan matte dengan kemilau untuk penampilan yang premium dan menarik perhatian.

OPPO Reno4 Pro Galactic Blue boleh didapati dengan harga RM2399 di Kedai Jenama OPPO, Kedai Rasmi Online OPPO, Wakil Jualan Rasmi OPPO, platform membeli-belah, rakan niaga Telco dan rakan niaga kedai rangkaian! O-fans yang berminat untuk mendapatkan edisi kolaborasi, pra-tempahan bermula dari 11 September sehingga 25 September 2020.

300 pra-tempahan yang pertama akan menerima OPPO Reno4 Pro Galactic Blue dengan barangan kolaborasi eksklusif dengan harga yang sama. Jika anda terlepas peluang untuk mendapatkan pra-tempatan, set kotak edisit terhad kolaborasi eksklusif ini (beg Christy Ng dan Kemeja-T Pestle & Mortar) masih boleh didapati dengan harga RM119. Edisi kolaborasi hanya boleh didapati di Kedai Jenama OPPO, Kedai Online Rasmi OPPO dan platform e-dagang terpilih mulai 26 September 2020.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025